saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 23/12/2004

Chong Wei mudah ke separuh akhir

PEMAIN nombor satu negara, Lee Chong Wei mengetuai empat lagi pemain kebangsaan mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Akhir Kebangsaan Proton-Eon di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam, lapor Kamaruddin Ismail

Chong Wei yang sedang memburu kejuaraan hatrik tahun ini akan menentang pemain semakin menyerlah, Kuan Beng Hong dalam perlawanan separuh akhir.

Satu lagi separuh akhir mempertemukan juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim dan bekas pemain nombor satu negara, Wong Choon Hann.

Chong Wei yang berazam menjuarai kejohanan ini bagi kali ketiga-tiga berturut muncul juara kumpulan A setelah membelasah Raymond Steven 15-3, 15-9 dalam masa 25 minit sahaja.

Beng Hong layak ke perlawanan separuh akhir selepas menjuarai Kumpulan C setelah mencatat kemenangan ketiga dengan menumpaskan Mohd Hazwan Jamaluddin 15-4, 15-10.

Sementara itu, Hafiz menumpaskan Lim Chen Wet 15-5 dan 15-2 dalam masa 23 minit semalam untuk muncul juara Kumpulan B.

Beliau sebelum ini berjaya mengatasi bekas pemain nombor satu negara itu dalam empat pertemuan terbaru sepanjang tahun 2004.

Choong Hann pula muncul juara Kumpulan D setelah menumpaskan Law Yew Thien 15-11, 15-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, semalam.

Beliau menyatakan pertembungan dengan Muhd Hafiz sudah pasti hebat kerana mereka sering memahami corak permainan masing-masing.

Dalam perlawanan separuh akhir perseorangan wanita pula, Sze Mei akan menentang naib juara Kumpulan B, Anita Raj Kaur.

Julia Wong Pei Xian yang muncul juara kumpulan B akan bertemu dengan naib juara kumpulan A, Lydia Cheah Liya dalam satu lagi separuh akhir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.