saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 24/12/2004

Chong Wei, Hafiz tentukan juara

PEMAIN pilihan pertama, Lee Chong Wei akan menentang juara Seluruh England 2003, Muhd. Hafiz Hashim dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Akhir Kebangsaan Proton-Eon di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini, lapor KAMARUDDIN ISMAIL

Chong Wei, yang juga juara bertahan dua tahun berturut-turut terpaksa berhempas pulas selama 39 minit sebelum menjinakkan pemain muda, Kuang Beng Hong 15-10, 6-15,dan 15-1.

Dia yang menjuarai Terbuka Malaysia dan Taiwan tahun ini mempamerkan persembahan mantap apabila mengambil masa 14 minit untuk menang set pertama 15-10.

Namun Beng Hong bingkas semula melakukan kejutan dengan memenangi set kedua 15-6 dalam masa 17 minit.

Chong Wei yang berazam memburu kejayaan hatrik dalam kejohanan ini hanya mengambil masa lapan minit bagi mengesahkan kedudukannya ke babak akhir dengan kemenangan mudah 15-1.

``Saya menjangkakan pertemuan sengit apabila menentang Hafiz kerana kami saling mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Hanya pemain paling banyak melakukan kesilapan akan kecundang dalam perlawanan penentuan nanti,'' kata Chong Wei.

Walaupun dua pertemuan terdahulu memihak kepadanya, Chong Wei tetap menghormati kemampuan Hafiz.

Hafiz pula terpaksa mengerahkan segala kekuatan sebelum menumbangkan bekas pemain No. 1 negara, Wong Choong Hann 15-14, 15-12 dalam masa 47 minit.

Kata Hafiz, dia memang berusaha mengelak permainan set penentuan.

``Saya berazam mengejutkan Chong Wei dalam perlawanan akhir esok (hari ini) walaupun dia menang dalam dua pertemuan di Terbuka Selangor dan Melaka sebelum ini,'' kata Hafiz.

Sementara itu, dua pemain remaja wanita, Anita Raj Kaur dan Lydia Cheah Li-Ya melakukan kejutan dengan mengenepikan pemain pilihan pertama dan kedua kejohanan ini untuk layak ke akhir perseorangan wanita.

Lydia Cheah, 15, yang menuntut di tingkatan 3 Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjadi pemain paling muda dalam sejarah layak ke perlawanan akhir.

Dia mengambil masa 31 minit untuk menumpaskan pilihan kedua, Julia Wong Pei Xian 11-6, 3-11, 11-4.

``Ini kali pertama saya layak ke akhir dan berharap dapat mempamerkan persembahan yang lebih baik esok (hari ini),'' kata Lydia Cheah.

Sementara itu, pemain remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anita Kaur, 18, turut mempamerkan persembahan yang memberangsangkan apabila menundukkan pilihan pertama, Woon Sze Mei 11-4, 11-4 dalam masa 27 minit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.