saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/12/2004

Chong Wei cipta kejayaan hatrik

JUARA perseorangan lelaki, Lee Chong Wei (kanan) dan naib juara, Muhd. Hafiz Hashim bersama hadiah masing-masing di Kejohanan Grand Prix Kebangsaan PROTON-EON 2004 akhir di Stadium Indera Mulia Ipoh semalam. - Gambar HANAFI KHAMIS.



PERSEORANGAN utama negara, Lee Chong Wei mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara Grand Prix Badminton Kebangsaan Akhir untuk kali ketiga berturut-turut di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.

Pemain nombor lapan dunia itu mengesahkan kejuaraan hatrik selepas menumpaskan juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim 15-7, 15-3 hanya dalam masa 23 minit.

Kemenangan tersebut juga melengkapkan penguasaan Chong Wei dalam siri GP tempatan selepas terdahulu menjuarai Terbuka Melaka dan Selangor - juga menewaskan Hafiz dalam perlawanan akhir.

Semalam Chong Wei, 22, juara Terbuka Malaysia dan Taiwan menunjukkan penguasaan sejak awal permainan apabila mendahului 4-0, 8-3, 11-5 dan 14-5, sebelum menang 15-7.

Set kedua nyata berat sebelah apabila Hafiz bukan saja gagal untuk bangkit, dia terpaksa tunduk 3-15 hanya dalam masa 10 minit.

``Saya tidak sangka akan menang mudah kerana saya telah bersedia untuk berada lebih lama di atas gelanggang menghadapi saingan sengit Hafiz,'' kata Chong Wei.

``Hafiz melakukan banyak kesilapan untuk memudahkan saya bertindak lebih pantas dan menamatkan permainan dengan dengan cepat.''

Kemenangan ini membolehkan Chong Wei menerima RM7,000, manakala Hafiz membawa pulang RM3,600 selaku naib juara.

Sementara itu pasangan Chan Chong Ming-Koo Kien Keat mengesahkan status sebagai pilihan utama apabila menundukkan Mohd. Fairuzizuan Tazari- Lin Woon Fui 15-8, 15-13 untuk muncul juara beregu lelaki.

Pemain skuad Piala Uber negara, Anita Raj Kaur pula membawa pulang RM4,000 selepas muncul juara perseorangan wanita dengan mengetepikan pemain remaja berusia 15 tahun, Lydia Cheah 13-10, 11-9.

``Saya begitu gugup ketika mendahului hingga memberi peluang kepada Anita untuk mengejar dan mencatat kemenangan,'' kata Lydia, yang menjadi pemain kegemaran peminat Perak.

``Ini akan menjadi pengajaran kepada saya untuk lebih bersedia daripada segi mental pada masa akan datang,'' katanya lagi, yang meraih RM2,000.

Pasangan utama negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui menepati ramalan apabila menjuarai acara beregu wanita, menewaskan See Phui Leng-Fong Chew Yen 17-15, 15-5.

Gelaran beregu campuran pula milik pasangan muda, Gan Teik Chai-Fong Chew Yen yang mengejutkan juara Terbuka Taiwan, Kien Keat-Pei Tty 12-15, 17-14, 15-7.

KEPUTUSAN (akhir)

LELAKI, perseorangan: Lee Chong Wei kln Muhammad Hafiz Hashim 15-7, 15-3

Beregu: Koo Kien Keat-Chan Chong Ming kln Mohd. Fairuzizuan Tazari- Lin Woon Fui 15-8, 15-13

WANITA, perseorangan: Anita Raj Kaur kln Lydia Cheah 13-10, 11-9

Beregu: Wong Pei Tty-Chin Eei Hui kln See Phui Leng-Fong Chew Yen 17-15, 15-5.

Beregu campuran: Gan Teik Chai-Fong Chew Yen kln Koo Kien Keat-Wong Pei Tty 12-15, 17-14, 15-7.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.