saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 30/12/2004

Jadikan belanja perayaan sebagai bantuan

Saudara Pengarang,
SAYA ingin menyarankan kepada kerajaan untuk membatalkan segala bentuk perayaan sambutan tahun baru 2005 memandangkan bencana yang menimpa kepada rakyat Malaysia dan negara-negara lain.

Pada ketika ini, beribu-ribu manusia, malah jutaan mengalami kedukaan akibat gempa bumi dan tsunami.

Tidak wajarlah ketika ini, ada golongan manusia yang bersukaria menyambut kedatangan 2005 yang akan menjelma juga dengan ada perayaan atau tidak.

Sebaliknya mengapa tidak semua rakyat Malaysia mengadakan upacara keagamaan masing-masing bagi memperingati yang terkorban dalam bencana itu dan sambil mendoakan tahun 2005 menjadi lebih makmur dan aman daripada segala bencana alam.

Dicadangkan semua perbelanjaan yang dirancangkan untuk menyambut perayaan besar-besaran itu disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Rakyat Malaysia patut mengambil iktibar dan menunjukkan simpati ke atas mereka yang malang itu, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, malah kepada semua manusia yang menjadi mangsa.

Kepada Muslimin dan Muslimat yang terkorban di seluruh rantau, mari kita sedekahkan Al-Fatihah. - MUSTAPA HAMID, Port Klang, Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.