saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/01/2005

Jenayah: Selangor kekal nombor satu

PETALING JAYA 1 Jan. _ Selangor masih kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes jenayah indeks paling tinggi di negara ini dengan jumlah kes yang dilaporkan mencecah 41,200 kes pada 11 bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Fauzi Shaari berkata, ia bagaimanapun bukan sesuatu yang menghairankan kerana jumlah penduduknya juga merupakan antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

``Kita ada 5.4 juta penghuni, banyak orang banyak jugalah ragamnya.

``Walaupun kita hanya mempunyai 7,600 anggota untuk mengawal penduduk yang seramai itu, namun ia bukan penghalang untuk kita mewujudkan pasukan polis yang mantap dan cemerlang.

``Saya percaya pegawai dan anggota polis masih mampu mengawal jenayah daripada berleluasa di negeri ini,'' jelasnya.

Belia berkata demikian selepas menyaksikan pengisytiharan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di IPD Petaling Jaya, di sini hari ini.

Sebanyak lapan buah balai polis yang selama ini diletakkan di bawah IPD Petaling Jaya kini dipisahkan dan berada di bawah satu pentadbiran sendiri yang dikenali sebagai IPD Subang Jaya.

Balai polis yang terlibat ialah Balai Polis Subang Jaya, Puchong Jaya, Seri Kembangan, Serdang, USJ 8, Sunway, Bukit Puchong dan Putra Heights.

Dalam pada itu, beliau yang dilantik ke jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersyukur kerana diberi peluang untuk mengetuai jabatan penting tersebut.

Namun, katanya, tiada apa yang patut dibanggakan kerana amanah yang diberikan sangat berat dan jawatan tersebut menuntut satu komitmen yang tinggi di kalangan penyandangnya.

``Secara peribadi, JSJ bukanlah sesuatu yang asing bagi saya kerana saya sudah banyak kali menyandang pelbagai jawatan di bahagian tersebut.

``Apa pun saya akan cuba membuat yang terbaik,'' katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Sekolah Staf Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko ABRI) serta Diploma Sains Kepolisan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.