saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/01/2005

Rencana 2005 Krisdayanti

TAHUN 2004 sudah berlalu. Barangkali semua kini merencanakan kehadiran 2005 dengan pelbagai azam baru dan menjayakan ia dengan optimis.

Tidak kecuali artis berbakat besar dan versatil dari seberang, Krisdayanti. Dia juga turut mempersiapkan rencana hidupnya menjayakan 2005 dengan cemerlang.

Apa yang pasti Krisdayanti akan memulakan kehadiran 2005 dengan pelbagai kerja amal dan beribadat.

``Saya berharap Tuhan akan membuka banyak peluang kepada saya untuk beribadat. Saya juga akan berusaha menjemput lebih banyak rezeki itu dan tidak hanya menunggu saja,'' beritahu Krisdayanti tentang resolusi 2005.

Pada temu bual dengan Krisdayanti melalui telefon di pejabat Warner Music baru-baru ini, aktres itu juga bercerita tentang rencana dan kesibukan yang akan melandanya sepanjang tahun ini.

Tidak terkecuali kerja amal apabila Krisdayanti menunjukkan sikap prihatinnya mengetuai program televisyen bagi mengutip dana untuk mangsa korban ombak besar tsunami di Acheh.

Kutip derma untuk mangsa tsunami

Bencana alam yang melanda Acheh turut menyebakkan perasaan artis popular ini. Insiden yang membunuh beribu-ribu penduduk di situ mengundang sikap prihatin Krisdayanti untuk melakukan sesuatu bagi membantu mangsa.

Antaranya sejak awal dilanda bencana lagi Krisdayanti sudah membuat perancangan mengumpulkan derma dan mengajak rakan artis lain turut serta.

Lewat tahun baru yang lepas Krisdayanti dan banyak artis lain berkumpul di rumahnya mengatur agenda itu.

Begitu juga mereka bekerjasama dengan stesen televisyen TVRI bagi mengadakan teleton untuk mengutip derma itu.

Cerita Krisdayanti, dia juga mengatur dan menguruskan sendiri program tersebut untuk memastikan setiap sumbangan itu sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semuanya dilakukan atas perikemanusiaan dan memberi komen tentang insiden tersebut kata Krisdayanti, kita semua harus mengambil iktibar daripadanya.

``Ini memang satu cubaan di akhir tahun dan agar ia dapat membuka mata, hati dan fikiran kita tentang betapa kita harus sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang ada. Janganlah harus berperang dan terus bermusuhan lagi,'' luahnya.

Dia turut berasa sedih kerana kejadian tersebut turut meragut banyak mangsa di sini.

Sambut tahun baru dengan peminat

Bercerita tentang sambutan tahun barunya, Krisdayanti juga seperti banyak artis lain yang mengadakan persembahan untuk peminat sehingga tabir 2004 melabuh.

Pada tahun ini artis itu berpeluang mengadakan persembahan di Grand Melia Hotel di Jakarta secara solo.

Khabarnya Krisdayanti menerima bayaran yang cukup lumayan dan paling tinggi yang pernah diterimanya sehingga kini.

Begitu juga walaupun tidak mendedahkan berapa angka bayaran itu Krisdayanti turut mengakui ia agak lumayan.

``Syukur sekali dengan rezeki yang diberikan Tuhan itu,'' komennya.

Tunaikan haji bersama Anang

Krisdayanti tidak bercakap kosong apabila dia berkata ingin memulakan tahun baru dengan beribadat.

Itu kerana bersama suaminya Anang Hermansyah dia kelak akan berangkat ke kota Mekah untuk menunaikan haji.

``Kami akan berangkat menunaikan haji pada 11 Januari selama dua minggu,'' kata Krisdayanti.

Itu adalah kali pertama Krisdayanti dan suami menunaikan haji. Sebelum ini mereka pernah menunaikan umrah sebanyak dua kali.

Ketika ditanyakan apa yang menggerakkan hatinya ke kota suci itu kata Krisdayanti, ``Mungkin sudah ada panggilan daripada Tuhan.

``Sebetulnya beribadat itu harus dilakukan bila-bila masa saja. Tidak perlu menunggu sehingga hari tua atau masa yang lapang.

``Kita harus menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya ketika masih ada kekuatan untuk berbuat demikian,'' tambah Krisdayanti yang akan berada di kota Mekah sehingga 24 Januari ini.

Sekembalinya dari menunaikan haji Krisdayanti memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk menukar imejnya.

Sebaliknya, kata Krisdayanti apa yang relevan kelak adalah ketelusan hatinya menunaikan ibadah tersebut.

Tuah Cahaya dan album baru

Album KD-Cahaya yang sudah berada di pasaran sejak tahun lepas kelihatannya terus membawa tuah kepada Krisdayanti.

Krisdayanti berjaya meraih dua anugerah daripada Anugerah Muzik Indonesia 2004 pada pertengahan Disember yang lepas.

Album garapan Edwid Guawan, KD-Cahaya itu meraih anugerah Album Pop Terbaik dan Album Produksi Terbaik.

Sebelum ini Krisdayanti pernah meraih anugerah sama untuk album solo Mencintaimu dan album duet bersama Anang, Makin Aku Cinta.

Album Cahaya kini terjual lebih 300 ribu, di Indonesia dan 8,000 unit di Malaysia.

Krisdayanti memang cukup berbangga dengan pencapaian tersebut. Sementara itu album Mencintaimu sebelum ini terjual lebih 500,000 unit.

Pada 2005 ini Krisdayanti juga akan kembali ke studio untuk album terbaru yang dijangka berada di pasaran pada hujung tahun.

Album tersebut akan memuatkan lagu duet Krisdayanti dengan Melly Goeslow yang bertajuk Cinta.

Lagu tersebut juga menjadi lagu tema bagi filem terbaru arahan Rudy Soedjarwo, Tentang Dia.

``Melly memilih saya kerana katanya, suara saya sesuai dengannya. Saya gembira sekali,'' kata Krisdayanti.

Untuk album itu, Krisdayanti turut berpeluang merakamkan semula lagu dangdut popular, Penasaran yang pernah dipopularkan oleh Emilia Contessa.

Lagu itu adalah lagu kegemaran Krisdayanti dan berbesar hati dalam merakamkan lagu itu semula.

``Ketika membuat persembahan atau konsert ramai yang suka apabila saya menyanyikan lagu itu. Ia menjadi alasan utama saya memilihnya,'' kata Krisdayanti yang terkenal dengan sikapnya tidak pernah memilih genre bila membuat persembahan.

Album itu akan memuatkan lagu Inggeris bertajuk Can't Remember A Time yang kini tersenarai sebagai lagu merdu dalam album Diane Warren Present-Love Songs.

Kata Krisdayanti, dia memang cukup berbesar hati kerana menjadi pilihan Warner Music International untuk merakamkan lagu untuk album kompilasi komposer terkenal itu.

Sementara itu album terbaru Krisdayanti turut memasukkan versi bahasa lagu tersebut yang dinamakan sebagai Kapan Aku Tak Mencinta dengan lirik yang ditulis oleh Sakar Ayu Asmara.

Sambung konsert di Asia

Setelah kembali dari Mekah, Krisdayanti juga akan mempersiapkan rancangannya untuk menjayakan konsert di Asia termasuk Jepun dan Korea.

Selain daripada konsert di Indonesia kata Krisdayanti, dia akan turut berangkat ke Korea dan Jepun untuk mengadakan konsert terbarunya pada Februari kelak.

Krisdayanti pernah mengadakan konsert di Tokyo pada awal Disember tahun lepas.

``Saya bersyukur kerana ia mendapat sambutan yang baik ketika saya menyanyikan lagu keroncong, dangdut dan pop,'' katanya.

Dia akan kembali ke Tokyo pada Mei depan untuk mengadakan konsert di situ bagi satu ekspo.

Menjelang April kelak Krisdayanti juga

akan kembali ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu majlis penyampaian anugerah. Kali

terakhir Krisdayanti ke sini adalah September lepas untuk mempromosikan album

KD-Cahaya.

Tunggu Siti untuk Tiga Dara

Berlakon di samping Siti Nurhaliza dalam filem Tiga Dara juga ada dalam rencana 2005 Krisdayanti. Semua itu barangkali terlaksana pada April nanti.

``Kali terakhir bertemu Siti, dia ada memberitahu saya bahawa dia sudi untuk berlakon dalam filem tersebut setelah membikin filemnya sendiri.

``Saya dengar dia akan membikin filem tentang dirinya sendiri dan insya-Allah pada April nanti kami akan berlakon bersama,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.