saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/01/2005

Radhi (OAG), ShaZlin - Tangguh bulan madu kerana tsunami


Radhi dan Shazlin bagaikan pinang dibelah dua.



SELEPAS 12 tahun berkenalan, vokalis serta gitaris kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Radhi akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Shazlin Sharif, 27, kelmarin.

Selepas bergelar suami isteri, Radhi dan Shazlin merancang untuk berbulan madu di Pulau Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, menurut Radhi atau M. Radhi Razali, 28, dia terpaksa melupakan hasratnya itu buat sementara waktu ekoran kejadian gempa bumi dan ombak besar tsunami yang melanda baru-baru ini.

``Memandangkan cuaca dan keadaan di laut sekarang tidak menentu, kami terpaksa tangguhkan dulu bulan madu kami itu.

``Kami mungkin akan berbulan madu selepas album single terbaru OAG berjudul Permaisuri berada di pasaran pada 14 Februari ini,'' kata Radhi sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Petaling Jaya, Selangor pagi kelmarin.

Radhi dan pasangannya itu selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sharif Sabari dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Petaling Jaya, Mohd Abadi Amir.

Radhi yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sah bergelar suami dengan sekali lafaz ketika upacara akad nikah itu dengan mas kahwin berjumlah RM80 serta wang hantaran RM10,000.

Pasangan ini tidak bertunang, sebaliknya mengadakan majlis akad nikah dan bersanding pada hari yang sama.

Sewaktu majlis itu, rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan pihak pengantin perempuan pula membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.

Jelas Radhi, walaupun bulan madunya itu ditangguhkan tetapi dia amat gembira apabila Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah sudi untuk menajanya.

``Tengku Abdul Rahman menawarkan untuk menaja tiket penerbangan dan penginapan semasa bulan madu kami itu nanti,'' ujarnya.

Perkenalan Radhi dan Tengku Abdul Rahman bermula sewaktu perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan New Strait Times (NST) dan Kelab Shahzan Muda.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Oktober lalu, Radhi yang bermain bersama Tengku Abdul Rahman dalam pasukan Kelab Shahzan Muda menewaskan NST dengan jaringan 4-2.

``Ketika perlawanan itu, saya turut menjaring satu gol untuk pasukan Kelab Shahzan Muda,'' kata Radhi dengan wajah yang berseri-seri.

Bercerita tentang Shazlin pula, kata Radhi, dia mengenali isterinya itu sejak 12 tahun lalu.

``Ketika itu, saya tinggal di Damansara Heights, Kuala Lumpur dan kebetulan pula keluarga kami berjiran.

``Saya tertarik dengan Shazlin kerana dia seorang wanita yang amat memahami karier saya sebagai artis,'' ujar Radhi.

Shazlin yang merupakan pelakon drama televisyen sebelum ini juga pernah menganggotai kumpulan Girls In Music (GIM).

Meskipun sudah bergelar suami, tetapi itu tidak menghalang Radhi untuk terus menghasilkan album baru bersama OAG.

Kata Radhi lagi, dia kini sedang dalam proses untuk menyiapkan rakaman album single terbarunya yang berjudul Permaisuri.

``Album single itu mengandungi lima buah lagu dan ia dicetak dalam edisi yang terhad. Mungkin dalam 1,000 unit sahaja,'' katanya lagi.

Sehubungan itu, Radhi turut memaklumkan bahawa OAG kini membariskan anggota-anggotanya yang baru.

Selain Radhi selaku gitaris dan vokalis utama, OAG turut dianggotai oleh Sarah (bassis), Fizul (gitaris) dan Zul (dram).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.