saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/01/2005

Fasha Sandha - Idam watak perempuan gila


Fasha Sandha.



SEBAGAI pelakon baru yang sedang meningkat naik, bakat Fasha Sandha dalam bidang lakonan belum lagi diuji sepenuhnya. Masih banyak lagi watak yang belum dilakonkan oleh gadis berusia 20 tahun ini.

Sehubungan itu, Fasha bersedia untuk melakonkan pelbagai watak agar dia dapat melebarkan lagi kariernya sebagai pelakon.

Menurut Fasha, jika diberi peluang dia mahu melakonkan watak perempuan gila dalam filem genre seram.

``Dari dulu lagi, saya memang teringin mahu berlakon dalam filem seram dan membawa watak perempuan gila ataupun psycho.

``Bukannya senang untuk melakonkan watak-watak seperti itu. Saya rasa, sebagai pelakon apalagi pelakon baru macam saya, itu adalah satu cabaran,'' kata Fasha sewaktu ditemui baru-baru ini.

Jelas Fasha, dia mahu berlakon filem seram kerana banyak menonton genre filem sebegitu.

``Antara filem seram kegemaran saya berjudul Natural Born Killer. Saya tertarik dengan gaya lakonan Julliete Lewis dalam filem itu.

``Dari segi luaran, watak lakonan Julliete nampak normal tetapi dari dalaman watak itu mengalami trauma,'' kata Fasha yang pernah melakonkan watak utama menerusi filem Berlari Ke Langit dan SH3.

Paling terbaru, gadis kelahiran Pulau Pinang ini diberi peluang melakonkan satu lagi watak utama menerusi filem Anak Mami Kembali arahan A. Razak Mohaideen.

Kata Fasha, dia merasa gembira kerana ditawarkan berlakon filem terbitan Metrowealth Movies Production, MIG Beat Sdn. Bhd., dan Gitu-Gitu Production Sdn. Bhd.

``Dialog dalam filem ini banyak menggunakan loghat utara. Kebetulan saya pula berasal dari Pulau Pinang.

``Saya tidak ada masalah. Kerana selama ini bila bercakap dengan anggota keluarga dan kawan-kawan rapat pun, biasanya saya bercakap dalam loghat utara,'' kata Fasha yang akan berpasangan dengan Saiful Apek dalam filem itu.

Fasha yang begitu yakin tidak akan menghadapi masalah berlakon dengan Saiful Apek berkata;

``Saya sudah mengenalinya sejak tiga tahun lalu. Saya rasa, antara saya dan Saiful ada chemistry dalam bidang lakonan.''

Anak Mami Kembali baru sahaja selesai penggambaran. Filem yang diterbitkan dengan kos berjumlah RM1.5 juta ini akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selepas Anak Mami Kembali, Fasha akan mula menjalani penggambaran filem Gong terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.