saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/01/2005

Evolusi 1, 2 - Kenapa lewat dilancarkan?


Album Evolusi 1 dan 2 akhirnya dilancarkan Jumaat lalu setelah dipasarkan pada Jun dan Ogos tahun lalu. Ia menggabungkan bintang-bintang AF1 seperti Rosma, Atie, Liza, Azza, Nija, Nana, Adifashla, Burn dan Sahri.

Kebiasaan, pelancaran album dilakukan sebaik ia berada di pasaran. Tetapi Evolusi 1 dan 2 dilancarkan selepas tujuh bulan dipasaran. Satu kelewatan yang luar biasa!

Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent And Management Sdn. Bhd., Freddie Fernandez mempunyai sebab dan alasan tersendiri di atas kelewatan pelancaran itu.

Katanya, ``Peringkat awal album itu dipasarkan, AF2 (Akademi Fantasia 2) baru saja berakhir. Waktu itu, cerita-cerita tentang bintang AF2 sedang menonjol. Jadi kami ambil keputusan untuk menangguhkan sementara pelancaran album itu kerana tidak mahu kehadiran album tersebut ditenggelami oleh cerita-cerita bintang-bintang AF2.

``Sekarang kami merasakan ia adalah saat terbaik untuk adakan majlis ini apatah lagi kebanyakan lagu-lagu bintang AF1 sedang popular dan sering pula berkumandang di radio,'' jelasnya pada sidang akhbar selepas majlis pelancarannya di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Freddie, biar pun pelancaran album tersebut lewat diadakan namun beberapa lagu yang terkandung di dalam kedua-dua album tersebut telah menduduki tangga teratas carta.

Misalnya, daripada album Evolusi 1, lagu Katakan, nyanyian Nana pernah berada di carta Radio Era selama lebih enam bulan dan masih berada di dalam carta Muzik-Muzik TV3 sejak tiga bulan lalu.

Manakala lagu Kenangan Pahit dendangan Nija berjaya menduduki carta RMKL selama tiga minggu pada posisi juara malah single keduanya Cengkaman, terpilih sebagai lagu tema filem Gangster, arahan Bade Azmi.

Sementara Rosma pula semakin mendapat tempat di kalangan pendengar radio menerusi lagu Tanpa Dirimu.

``Bukan itu sahaja, album Evolusi 2 yang menampilkan lagu Kasih Ibu, nyanyian Burn mampu bertahan selama empat bulan dan kini single keduanya Juliaku, mendapat sambutan di stesen-stesen XFresh dan Radio Muzik.

``Begitu juga dengan Adifashla yang semakin popular dengan lagu Kurniaan Cinta dan Sahri dengan lagu Memori Cinta Luka,'' ujar Freddie.

Malah lebih membanggakan, kata Freddie, di saat penjualan album dan keadaan industri yang tidak menentu, album Evolusi 1 dan 2 mendapat sambutan menggalakkan sehingga terjual melebihi 11,000 unit.

Katanya, ini menunjukkan kehadiran bintang AF1 masih diterima baik oleh para peminat muzik tempatan.

``Sebab itu, kami sengaja mengadakan majlis pelancarannya di tempat terbuka bagi merasai kemeriahannya bersama para peminat.

``Dan ternyata, melihat kepada sambutan yang diberikan, para bintang AF1 yang terlibat dalam album tersebut masih diminati,'' katanya lagi.

Pada majlis pelancaran tersebut, selain bertemu dan beramah mesra dengan peminat, bintang AF1 turut mengadakan persembahan istimewa.

Adifashla memulakan persembahan dengan mendendangkan lagu Kurniaan Cinta, trio Liza, Atie dan Azza (Lolipop), Burn (Kasih Ibu), Rosma (Tanpa Dirimu), Sahri (Memori Cinta Luka), Nija (Cengkaman) dan Nana (Katakan).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.