saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2005

Gangster - Keras, pantas dan menghiburkan

Filem : Gangster
Arahan : Bade Hj. Azmi
Lakon layar : Bade Hj. Azmi
Pelakon : Rosyam Nor, Hasnul Rahmad, Siti Elizad, Ako Mustapha, Saiful Apek, Adlin Ramlee, Puspha Narayan, Umie Aida, dll.

INILAH barangkali kota Kuala Lumpur seperti mana realiti atau yang kita bayangkannya dan apa yang menakutkan dalam segala kekacauan dan kesebatian budaya dan keasliannya.

Kota yang sesungguhnya kita ketahui sepenuhnya, tetapi masih tidak kita fahami. Sebuah kota mendedahkan dualisma, yang sistematik dan rambang, yang kelihatan atau yang tersorok adalah gambaran benar sebuah kota sebagai bentuk sosial yang dominan.

Kota Kuala Lumpur sebenarnya kota yang masih baru yang lebih mendekati bentuk-bentuk kota di Amerika. Keadaan ini sudah tentu membezakannya dengan kota-kota tua di Eropah.

Kontras antara dua kota ini bukanlah antara yang lama dan baru tetapi antara kota yang mempunyai pusingan evolusionari yang pantas dengan yang mempunyai pusingan evolusionari yang perlahan.

Kota tua di Eropah bergerak secara perlahan tetapi kota muda pantas bergerak, tetapi tidak sihat dan dicengkam oleh penyakit. Seperti yang dialami oleh filsof Levi-Straus tentang kota-kota Amerika, katanya, kota itu melangkaui dari segar dan baru kepada keburukan tanpa perlu menjadi tua.

Gangster sebenarnya melanjutkan persepsi Bade Hj. Azmi tentang kehidupan di kota Kuala Lumpur. Filem ini cuba memberikan pengalaman yang pasif dan juga aktif tentang kehidupan di kota Kuala Lumpur. Bade telah melihat kontras kehidupan kota Kuala Lumpur dalam KL Menjerit dan kemudian dalam Berlari Ke Langit.

Walaupun dalam filem Berlari Ke Langit, kehidupan kota dibandingkan dengan kehidupan di kampung yang lebih murni. Bade melihat kehidupan di kota secara sinis. Kehidupan di kota seakan hilang kemanusiaannya kerana dikuasai oleh manusia-manusia yang hanya tahu mengambil kesempatan secara penipuan dan kekerasan untuk menikmati kehidupan kota yang menyeronokkan.

Hilang sifat

Kehidupan di kota sudah hilang sifat humornya. Bade menggunakan perlumbaan haram, kereta dan motorsikal, dadah dan gangsterisme, kehidupan malam dan struktural bangunan sebagai sebahagian imej-imej kotanya yang keras.

Jalan raya dan struktur bangunan secara sistematik dibangunkan oleh perancang bandar dan perancang ekonomi. Jalanraya menjadi fokus pembangunan kota dan kota adalah fokus bagi jalan-jalan raya. Bagaimanapun apabila kereta atau motosikal ``diglamorkan'' (kereta-kereta yang berlumba dihias dan ditingkatkan keupayaannya, dan motosikal dipandu secara akrobatik), ia sebenarnya telah mengasingkan kota ini daripada dasar eknominya dan seterusnya menjarak dan mengasingkan warganya daripada kawalan pembangunannya.

Dalam Gangster, Bade sebenarnya ``mengglamorkan'' kereta, motorsikal dan jalan-jalanraya di Kuala Lumpur. Perlumbaan kereta secara haram yang dipandu di celah-celah kesibukan kereta di jalan-jalan di dada kota mendominasi naratif filem ini. Perlumbaan kereta dan adegan grafik keras itu yang dilakukan secara realistik menjadi tumpuan emosi dan struktur utama yang mengumpulkan keseronokkan.

Bagi Bade tema dan gambaran realiti kekerasan ini adalah usahanya untuk menjadikan filem ini sebagai anti-kekerasan. Kerana itu naratifnya diberikan keseimbangan, aksi kekerasan dan perlumbaan haram akhirnya menemui akibatnya sendiri.

Dalam genre formula filem yang dianggap viable ini ia dapat dilihat sebagai the bad guys and the good guys. Di akhir filem, orang jahat tewas dan orang baik menang. Dan inilah formula yang selama ini secara komersil dianggap viable.

Rizal (Ako Mustapha) dan Legau (Rosyam Nor, salah satu dari tiga wataknya dalam filem ini) yang giat dalam perlumbaan haram akhirnya menemui kemalangan yang meragut nyawa mereka. Nala (Rosyam Nor) yang menjadi ketua pengedar dadah dalam filem ini akhirnya menemui ajalnya dalam adegan tembak menembak dengan seorang lagi pengedar dadah (Aqasha) di sebuah kelab. Tetapi Rosli (Rosyam Nor) yang perlu melalui kehidupan yang keras sebagai peniaga gerai makan yang terpaksa berhutang dengan seorang Along (Adlin Ramlee) selepas ditipu oleh skim cepat kaya akhirnya ditangkap polis. Begitu juga si Along juga menemui balasannya apabila isteri dan anaknya mati ketika bersalin. Mereka menerima balasan yang sewajarnya. Manakala Sufi (Hasnul Rahmad) yang dianggap straight man dan Ria (Siti Elizad) yang insaf daripada kesalahan masa lalunya masih selamat, walaupun mereka mengalami kecederaan yang teruk apabila kereta mereka dilanggar oleh kereta yang terlibat dalam perlumbaan haram.

Gangster sebenarnya digerakkan oleh naratif yang mudah. Sungguhpun naratif Gangster bergerak melalui tiga plot utama yang terpisah malah saling tidak mengenal antara satu sama lain iaitu kisah hubungan dengan Along, pengedar dadah dan kisah lumba haram, tetapi ketiga-tiga plot ini berjaya dihubungkan melalui perjalanan watak Sufi dan Ria.

Mewajarkan

Naratif yang nipis ini juga sebagai dasar untuk mewajarkan adegan-adegan keras dan ganas serta perlumbaan kereta dan adegan gerak akrobatik motorsikal. Oleh itu tarikan utama filem ini adalah spektakular adegan keras dan elemen kelajuan kenderaan (speed). Elemen-elemen ini sebenarnya boleh dilihat akarnya pada filem-filem kartun yang banyak adegan kejar-mengejar sepertimana siri Road Runner dan Bugs Bunny. Gabungan elemen aksi keras dengan komedi dalam siri kartun ini diberikan definasi baru dalam filem aksi kontemporari dengan aksi yang lebih real. Bagaimanapun dalam filem aksi kontemporari ini adegan yang kelihatan real boleh sahaja menjadi tidak real.Dalam Gangster, adegan lumba kereta dipercepatkan geraknya sehingga menjadi surreal dan lambang-lambang jalanraya menjadi simbol modernisma. Elemen humor dalam filem ini adalah kesan daripada adegan keras menjadikan kekerasan itu lebih mengejutkan dan di luar jangkaan, dan pada masa yang sama bertindak sebagai penyerap daripada unsur keganasan itu sendiri.

Gangster lakonlayar dan arahan Bade Hj. Azmi memperlihatkan gabungan komedi dan kekerasan dan juga pandangan sinikalnya tentang kehidupan di sebuah kota yang kita kenal di siang hari tetapi berubah sifat di waktu malam. Dalam naratif Gangster logiknya hanya untuk menuju logik fetisyisme, sebagai aspirasi mewujudkan struktur naratif filem daripada premis sebuah cerita yang baik. Sebagai sebuah filem, Gangster memang menyediakan aksi dan adegan keras yang dilakukan tanpa bantuan teknik CGI yang menjadikan filem ini lebih bertenaga dan menghiburkan. Dalam hal ini Gangster berjaya membina kesan sensasi itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.