saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 20/01/2005

SMK Seri Bintang Utara - Buktikan Sekolah Bestari terbaik

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara di Kuala Lumpur telah membuktikan bahawa sistem Sekolah Bestari boleh cemerlang dan muncul yang terbaik.

Mereka telah membuktikannya dengan muncul sebagai sekolah yang mempunyai calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling ramai mendapat semua A di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori sekolah harian.

Sebanyak 105 calon PMR 2004 sekolah itu mendapat semua A dan diberi penghargaan oleh Yayasan Pendidikan Cheras, baru-bari ini.

Sekolah juga muncul sekolah harian terbaik bagi peperiksaan SPM 2003 di Kuala Lumpur.

Tahniah kepada guru-guru sekolah itu yang telah menghayati amalan penyelesaian bersepadu Sekolah Bestari yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran.

Kreativiti

Pendekatan pembelajaran di sekolah itu yang banyak menggunakan medium interaktif serta kreativiti guru dalam amalan konvensional sebenarnya banyak membantu pihak sekolah memacu kegemilangannya.

Pelbagai bahan - termasuk Portal Pendidikan Bestari - serta beberapa perisian yang disediakan oleh Telekom Smart School (TSS) turut memberi sedikit sebanyak kesan kepada kejayaan itu.

Tiga pelajar dari kelas terbaiknya mendapat semua A, dan ini memang cukup luar biasa di sebuah sekolah yang tidak begitu banyak disandarkan harapan untuk mencipta nama itu.

Namun, sejak akhir-akhir ini, begitu banyak permintaan oleh ibu bapa di kawasan itu yang mahu menyekolahkan anak di situ ekoran kejayaan berkenaan.

Sekolah-sekolah lain, khususnya sekolah berasrama penuh yang telah dimasukkan ke dalam kelas Sekolah Bestari juga telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan.

Namun begitu, bagi sekolah-sekolah yang masih baru untuk memahami konsep dan amalannya, maka kejayaan itu belum ketara.

Pada peringat awal, 90 buah sekolah dipilih sebagai Sekolah Bestari Rintis.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara dikategorikan sebagai Sekolah Bestari Aras A.

Aras A dalam model bilik darjah penuh iaitu antara 387 hingga 867 buah komputer yang dibekalkan dengan 5 notebook dan enam unit server.

Pencapaian yang semakin baik itu menunjukkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru subjek bestari dan pelajar telah semakin meningkat.

Begitu juga, kalau sebelum ini kekerapan penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran (TLM) adalah rendah, maka pada hari ini senarionya mungkin telah berubah.

Guru menjadi kian kreatif. Satu perihal yang lebih penting ialah tanggapan mereka terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran yang mulai meningkat daripada sederhana sahaja pada awal dahulu, kini menjadi semakin matang dan bertambah baik.

Walau pun ada kajian yang menunjukkan persepsi mereka terhadap perisian kursus TLM yang dibekalkan oleh TSS dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sederhana sahaja, namun dengan langkah peningkatan kualiti oleh kedua-dua pihak itu dijangka akan mengubah pandangan tersebut dalam masa terdekat ini.

Positif

Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa guru yang memang pernah terlibat membuat ulasan isi kandungan perisian kursus Sekolah Bestari pada satu ketika dahulu.

``Saya dapati sudah ada perubahan.. ada tokok tambah di sana-sini,'' kata mereka kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Perkembangan ini positif dan semakin ketara.

``Saya sering melayari Portal Pendidikan Bestari dan menggunakan akhbar Pendidikan Utusan (sekarang Pendidikan Bestari) dan saya sudah nampak perkembangan yang sihat,'' kata seorang guru lain yang mengajar di sekolah itu.

Begitu juga dengan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS) yang kini memang diakui banyak membantu guru menyelenggara sekolah.

Malah, ada pengetua yang mendapat kenaikan Jusa C baru-baru ini merupakan pengamal sistem ini.

Kalau sebelum ini kebolehan pengetua dan guru besar menyelenggara 16 modul SSMS adalah sederhana atau rendah, tetapi kini mereka mampu melakukannya dengan baik.

Mereka kini boleh mengendalikan modul kewangan, pengurusan staf, selenggaraan kemudahan dan penggunaan kemudahan dengan lebih jelas.

Pada keseluruhannya, proses kerja Sekolah Bestari sepatutnya mudah, cekap, berkesan dan mengurangkan beban kerja, membantu fungsi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

Namun, Utusan Malaysia diberitahu, masih terdapat kelemahan dalam menangani bahagian Meja Bantuan. Kebanyakannya adalah berkaitan dengan SSMS, komputer dan TLM.

Utusan Malaysia juga diberitahu, walaupun terdapat kelemahan, tetapi reputasi Sekolah Bestari semakin pulih dan dipercayai.

Sesungguhnya kepercayaan ini perlu dijaga dan dibajai kerana ia menentukan hidup atau matinya konsep Sekolah Bestari yang telah menelan belanja yang cukup tinggi itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.