saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 24/01/2005

Empat syarikat `sambung nyawa' FAM


TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) menunjukkan logo Malaysia Super League Sdn. Bhd. yang tertera pada baju yang dipakai oleh maskot harimau sambil diperhatikan oleh Abdul Aziz Rahman sewaktu majlis pelancaran syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar MOHD. NOOR AMIN.



KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembali bernafas apabila empat syarikat gergasi telah mengesahkan untuk menjadi penaja utama badan induk itu menggantikan Dunhill yang menamatkan kontrak tahun lalu.

Empat syarikat tersebut ialah Telekom Malaysia Berhad, Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Genting dan Adidas.

Lebih melegakan FAM ialah penubuhan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) yang akan menguruskan penaja-penaja dengan badan induk bola sepak itu.

Pengerusi MSL, Datuk Abdul Aziz Rahman berkata, setakat ini empat syarikat gergasi tersebut telah bersetuju untuk menjadi penaja menggantikan Dunhill bagi mengeluarkan penajaan dalam menguruskan perjalanan Liga Malaysia termasuk peruntukkan pembangunan bola sepak.

``Bagaimanapun setakat ini jumlah penajaan empat syarikat terbabit tidak dapat diumumkan kerana masih ada perbincangan yang belum selesai.

``Di samping itu juga, MSL sedang mencari beberapa penaja lagi yang akan mengambil langkah yang serupa seperti mana yang dilakukan oleh MAS, Adidas, Telekom dan Genting,'' ujarnya di sini, semalam.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis pelancaran MSL yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mewakili Presiden, Sultan Ahmad Shah yang tidak dapat hadir.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin serta Naib-Naib Presiden FAM.

Larangan pengharaman iklan dan tajaan daripada syarikat rokok yang bermula Februari ini menyaksikan FAM kehilangan tajaan bernilai RM30 juta setahun daripada Dunhill.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, MSL akan mengu-mumkan jumlah penajaan yang diperoleh daripada empat syarikat terbabit dalam tempoh dua minggu akan datang.

Di samping itu, beliau menambah, pihaknya juga sedang mengadakan rundingan dengan beberapa syarikat lain yang turut berminat untuk menjadi penaja badan induk itu.

``Mengenai penaja utama dengan FAM akan kita umumkan dalam masa terdekat ini setelah selesai segala rundingan yang kini di peringkat terakhir,'' ujarnya.

Beliau menjelaskan, selain MSL berperanan untuk menguruskan untuk mendapatkan penajaan, syarikat terbabit juga akan bertindak untuk mempromosikan bola sepak secara besar-besaran.

``Bola sepak juga akan kita jadikan sebagai satu produk yang menarik selain mengalakan orang ramai menonton Liga Malaysia,'' katanya.

Abdul Aziz menambah, MSL akan mengadakan satu road show di seluruh negara bagi memperkenalkan Liga Malaysia.

Dalam pada itu beliau juga turut mengumumkan dua syarikat penyiaran iaitu Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan NTV7 mendapat hak penyiaran Liga Malaysia 2005.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.