saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/01/2005

Safura - Anak restu perkahwinan ketiga

JODOH dan maut di tangan Tuhan. Walau sudah tiga kali mendirikan rumah tangga, itu bukanlah persoalannya. Namun, kalau sudah jodoh ia harus diterima dengan hati yang terbuka. Kata-kata azimat itu adalah antara yang mendorong Safura, 32, mendirikan rumah tangga sekali lagi. Ahad lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Mana Cintamu itu bernikah dengan pasangannya, Shahrolnizam Nor, 33.

Menurut Safura, selain tidak serik untuk berkahwin lagi, dua anaknya iaitu Nurul Natasha, 10, dan Mohd. Daniel Khaqim, 5, juga merestui perkahwinan kali ketiganya itu.

``Sebelum berkahwin, saya bertanya tentang pendapat mereka dulu. Natasha tidak membantah dan dia senang dengan Shahrol.

``Cuma Daniel sahaja yang pada mulanya kurang setuju saya berkahwin lagi. Tapi lama kelamaan Daniel semakin rapat dengan Shahrol.

``Daniel akhirnya akur tetapi dia lebih senang memanggil Shahrol dengan panggilan uncle (pak cik),'' kata Safura sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas upacara akad nikah yang diadakan di kediamannya di Ampang, Selangor, kelmarin.

Selepas majlis itu, Safura dan Shahrol tidak ketinggalan meraikan ulang tahun hari lahir Mohd. Daniel Khaqim yang kelima yang kebetulan jatuh pada tarikh tersebut.

Nurul Natasha Abdul Rani adalah zuriat sulung Safura hasil perkahwinannya yang pertama dan Mohd. Daniel Khaqim Hairie pula daripada perkahwinannya yang kedua.

Safura dan pasangannya itu dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Ya'cob Kadri, 72, pada pukul 10.15 pagi dengan disaksikan oleh pegawai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Daerah Hulu Langat, Osman Abu Bakar.

Dengan sekali lafaz, Safura sah menjadi isteri Shahrol dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 dan wang hantarannya pula berjumlah RM5,000.

Pihak pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran dan pengantin perempuan juga membalasnya dengan bilangan yang sama.

Kata Safura, dia mengambil masa setahun lebih untuk berkenalan dan mengenali hati budi Shahrol sebelum menerimanya sebagai suami.

Perkenalan itu bermula sewaktu mereka sama-sama berlakon dalam teater Ronggeng Rokiah sewaktu ia dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 2003.

``Selama waktu itu, Shahrol banyak bersabar dan dia memahami perasaan saya yang sebelum ini pernah dua kali gagal dalam perkahwinan.

``Keluarga Shahrol juga menerima saya dengan baik walaupun saya ini seorang janda sedangkan dia (Shahrol) masih teruna.

``Akhirnya pada 29 Mei tahun lalu, saya terima lamaran Shahrol dan kami pun bertunang,'' ujar Safura dengan wajah yang berseri-seri.

Sementara itu, Shahrolnizam sewaktu ditemui berkata, dia tertarik dengan Safura kerana kagum dengan ketabahan hati penyanyi serta pelakon itu.

``Saya kagum dengan Safura sebab dia seorang yang berdikari. Bagi saya, Safura mempunyai banyak pengalaman hidup berumah tangga. Malah, saya juga selesa dengannya.

``Selepas lama berkenalan dengan Safura, baru saya tahu macam mana sifat-nya. Pada 1 Mac tahun lalu, saya akhirnya berjumpa ibu bapa Safura untuk meluahkan hasrat hati mahu menjadikannya isteri saya,'' katanya.

Jelas Shahrolnizam, sebelum melamar Safura, dia sudah berbincang dengan keluarganya dan ternyata mereka tidak menghalang niat murninya itu.

Menariknya, ujar Shahrolnizam, ibunya pernah meramalkan bahawa suatu hari nanti dia akan bertemu jodoh dengan seorang janda.

``Di antara 10 adik beradik saya, hanya saya seorang sahaja yang berkahwin dengan janda. Ia hampir sama dengan kisah ibu saya yang mengahwini bapa saya sewaktu dia menjadi janda,'' ujarnya yang me-rupakan anak keempat daripada 10 beradik.

Pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu kerana masing-masing sibuk dengan undangan berlakon filem, telemovie dan teater.

Antaranya, mereka kini sedang berlakon bersama menerusi sebuah telemovie berjudul Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan terbitan Astro hingga 17 Februari ini.

Pada masa yang sama, Shahrolnizam juga akan meneruskan penggambaran drama mega bersiri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjudul Mahligai Gading dan filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd.

Untuk perancangan di masa depan, Safura dan Shahrolnizam akan berpindah ke rumah baru mereka yang terletak di Batu 10, Jalan Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Selangor.

Pada 9 Februari ini, majlis resepsi keluarga Shahrolnizam pula akan diadakan di kampungnya di Kampung Sungai Limau, Trong, Taiping, Perak.

Antara rakan-rakan artis yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan itu ialah Azura, S. Azli dan penulis lirik Raja Kobat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.