saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/02/2005

Ibu tepuk bahu Ebby sebelum meninggal

PELAKON Ebby Saifullah Ali tidak menyangka tepukan mesra di bahu oleh ibunya, Noorsiah Yem pada malam 30 Januari lalu adalah untuk kali yang terakhir.

Keesokan harinya pada pukul 5.45 petang, pelakon veteran itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah Ebby di Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor pada usia 72 tahun kerana sakit angin ahmar.

Menurut Ebby, dia tidak dapat melupakan saat itu kerana Allahyarham amat rapat dengannya sebelum meninggal dunia.

``Tiga hari sebelum meninggal dunia, arwah selalu memanggil saya duduk bersamanya.

``Biasanya selepas maghrib hingga ke pagi, arwah tidak henti-henti memanggil saya dengan menggunakan loceng yang saya sediakan.

``Ini kerana sejak setahun yang lalu arwah tidak boleh berjalan dan bercakap kerana penyakit angin ahmar,'' kata Ebby sewaktu Utusan Malaysia menghubunginya.

Jelas Ebby, dia terkilan kerana tidak sempat memperbaharui paspot antarabangsa ibunya yang telah tamat tempoh pada Ogos tahun lalu.

``Arwah ibu pernah menyuarakan hasratnya mahu melawat anak-anak dan saudara maranya di Pasir Ris dan Clementi di Singapura.

``Bagaimanapun, oleh kerana urusan memperbaharui paspot lambat hajat arwah tidak kesampaian.

``Biasanya dalam setahun arwah akan ke Singapura beberapa kali untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

``Tapi kalau sekali berada di Singapura, arwah akan menghabiskan masa hingg dua tiga bulan lamanya,'' ujar Ebby.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi Isnin.

Sebelum itu, adik Allahyarham iaitu Bibi Yem terlebih dulu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 19 Januari lalu.

Ketika zaman kegemilangan studio perfileman Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1950-an Allahyarham turut berlakon bersama pelakon popular ketika itu seperti Latifah Omar, Siti Tanjung Perak dan Zaitun.

Antara filem popular lakonan Allahyarham berjudul Selendang Dilema dan Syakilla.

Noorsiah berasal dari Perak dan dibesarkan di Singapura mempunyai lima anak hasil perkahwinannya dengan pemuzik Ali Ahmad iaitu Eddy, Eddy Nor, Ebby Saiful, Norliza dan Azli Nor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.