saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/02/2005

Siti Nurhaliza Artis Pilihan Malaysia kali ke-5

BANGKOK 3 Feb. - Artis tersohor negara, Siti Nurhaliza diumumkan sebagai penerima anugerah Artis Pilihan Malaysia untuk kali kelima berturut-turut pada malam Anugerah MTV Asia Aid 2005 (MTVAA05) yang diadakan di Impact Arena di sini, malam ini.

Siti, 27, menewaskan empat artis tempatan lain yang turut dicalonkan dalam kategori tersebut iaitu Misha Omar, kumpulan Spider, kumpulan Ruffedge dan kumpulan Too Phat.

Pemilihan Siti dibuat berdasarkan undian yang diperoleh daripada penonton rancangan hiburan yang popular di seluruh dunia itu.

Siti dalam ucapan ringkas ketika menerima anugerah tersebut berkata, melalui MTV Asia Aid, beliau berharap generasi muda akan lebih prihatin dengan nasib malang yang menimpa sebahagian manusia seperti mangsa bencana tsunami.

Katanya, anugerah yang diraih merupakan penghargaan paling istimewa kepada dirinya dan industri muzik tempatan.

``Secara peribadi, saya cukup kagum dengan peminat setia yang terus memberikan sokongan dan ia lebih berharga daripada kemenangan,'' katanya.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan itu turut disiarkan ke seluruh dunia dan dianggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia menyaksikan siaran itu.

Pada majlis tersebut, Siti Nurhaliza turut mengadakan persembahan menerusi lagu Seindah Biasa. MTVAA 2005 tahun ini dihoskan oleh penyanyi, Alicia Keys dan antara artis antarabangsa yang turut mengadakan persembahan termasuk Kelly Clarkson, Simple Plan, Hoobastank dan Good Charlotte. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.