saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/02/2005

Ivan janji bantu Singa Utara

KANGAR - Penyerang baru Singa Utara, Mohd. Ivan Yusoff bertekad untuk membantu pasukannya menambah derita Sabah yang tewas dua kali berturut-turut sebelum ini menjelang perlawanan ketiga Liga Super antara Perlis dan Sabah di Stadium Utama Kangar, malam ini.

Bekas penyerang Kuala Lumpur dan pemain kebangsaan dalam kejohanan Piala Tiger itu yakin dia kini semakin serasi dengan corak permainan rakan sepasukannya, Zacharia Simukonda yang setakat ini telah menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan sebelum ini.

Pemain berusia 23 tahun ketika ditemui Sukan Utusan di sini semalam berkata, walaupun Sabah tewas kepada Pulau Pinang dan Pahang baru-baru ini, kekuatan pasukan itu bagaimanapun tidak boleh dipertikaikan kerana mereka kini umpama `badak' yang terluka dan sudah pasti berusaha mencari kemenangan pertama.

``Namun kelebihan memihak kepada Perlis kerana kita bermain di tempat sendiri dan pemain Perlis juga sudah pasti tidak mahu mengulangi kegagalan dalam perlawanan akhir Piala Sumbangsih baru-baru ini apabila kita hanya seri 2-2 dengan Perak.

``Untuk itu, saya berharap dapat membantu Perlis memperoleh tiga mata berharga malam esok (ini) untuk memastikan peminat bola sepak Perlis gembira,'' katanya.

Mohd. Ivan yang kini menyewa bersama beberapa pemain Perlis iaitu Khairi Zainuddin dan Es Lizuan Zahid di Kangar sejak mewakili pasukan Singa Utara banyak membantu jentera serangan Perlis dalam dua perlawanan awal walaupun belum menjaring sebarang gol.

Gerakan lincahnya walaupun bertubuh kecil membantu Simukonda menghasilkan dua gol sewaktu mengikat Perak dan gol kemenangan ketika Perlis menewaskan MPPJ Selangor 3-2 di Petaling Jaya, Selasa lalu.

Ditanya mengenai hasratnya untuk memecah kebuntuan mencari gol peribadi, Mohd. Ivan berkata, setiap penyerang di mana-mana pasukan sudah tentu memasang impian untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

``Pemain mana yang tidak mahu menghasilkan gol, begitu juga dengan saya. Tetapi, saya berharap penantian itu akan berakhir tidak lama lagi.

``Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sesiapa yang menjaringkan gol itu tidak menjadi persoalan kerana yang penting ialah kemenangan untuk pasukan dan setakat ini saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana memberi kerjasama yang baik walaupun saya masih baru dalam pasukan ini,'' jelasnya.

Mohd. Ivan diletakkan oleh jurulatih Perlis, Abdul Rahman Ibrahim di bahagian sayap kanan bagi membantu seorang lagi penyerang lincah Perlis, Zainuddin Ariffin di sayap kiri serta Simukonda dan Mohammad Lamin Conteh Al-Hidayah di bahagian serangan tengah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.