saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/02/2005

Dulu wanita - Sekarang pun wanita


Nor Fazlina Mohd. Noor.



SEJAK ditubuhkan pada tahun 2001, kumpulan rock Daring Visionary Act atau lebih dikenali sebagai d-Va terus mengekalkan wanita sebagai penyanyinya.Empat tahun dengan imej kumpulan rock, d-Va hari ini tampil dengan vokalisnya, Faz atau Nor Fazlina Mohd. Noor, 23, pun seorang wanita.

Entah apa rahsianya, walau sudah bertukar ganti tujuh vokalis wanita, pilihan vokalis kelapan ini pun tetap dengan penyanyi wanita walau tiga anggota lain kesemuanya lelaki.

Kenapa pilih vokalis wanita?

Utusan Malaysia sempat bertemu dengan kumpulan yang sedang popular dengan lagu Aku, Dia Dan Kamu ini untuk mendapatkan penjelasan.

Lagu popular itu dimuatkan menerusi album sulung mereka berjudul d-Va dan ia sudah berada di pasaran sejak 28 September tahun lalu.

Selain Faz, kumpulan rock ini turut dianggotai oleh Zarul Addry Helmy, 29, (gitaris), Hasrul Faizal Kamarul Bahrin, 26, (bassis) dan Azham Ahmad, 24, (dram).

Mengapa d-Va menampilkan penyanyi wanita sahaja? Apa istimewanya penyanyi wanita?

Zarul : Menampilkan penyanyi wanita adalah identiti kami. Ia sesuai dengan konsep muzik d-Va. Di negara kita tidak ramai kumpulan rock yang menampilkan penyanyi wanita. Kalau adapun boleh kira dengan jari. Antaranya Ella and The Boys dan Amy daripada kumpulan Bumi. Lagipun penyanyi wanita dalam sesebuah kumpulan itu ibarat `bunga' dan boleh menjadi tarikan kepada para peminat.

Apakah keistimewaan Faz berbanding tujuh penyanyi wanita yang pernah menyertai d-Va sebelum ini?

Hasrul Faizal : Faz paling istimewa sebab dia amat berbakat. Bagi kami, Faz ada tarikannya yang tersendiri. Faz bukan setakat boleh menyanyi tetapi dia juga boleh bermain alat-alat muzik seperti bass, gitar, dram dan keyboard. Malah, Faz juga berbakat mencipta lagu. Album d-Va, menampilkan tiga lagu ciptaan Faz.

Bagaimana d-Va menerima Faz?

Zarul : Sebelum mengambil Faz sebagai anggota d-Va, kami mengadakan uji bakat ke atasnya terlebih dulu. Pada mulanya Faz mahu menjadi gitaris d-Va, tetapi kami dapati vokalnya amat bagus jadi kami akhirya minta dia jadi penyanyi utama. Dia lebih sesuai jadi penyanyi. Dalam d-Va, sambil menyanyi, Faz juga bermain keyboard.

Sampai bila d-Va akan kekalkan penyanyi wanita. Biasanya penyanyi wanita ada banyak komitmen misalnya apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimana d-Va melihat situasi seperti itu?

Hasrul : Itu kami tidak boleh hendak cakap kerana takdir yang menentukannya. Seboleh-bolehnya kami akan terus kekalkan penyanyi wanita dalam d-Va. Soal status atau sudah ada keluarga itu bukan alasan. Penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw pun ada kumpulannya sendiri dan dia masih boleh menyanyi walaupun ketika mengandung.

Difahamkan anda mempunyai ijazah dalam jurusan Sains dan Teknologi dari Universiti Malaya, tetapi mengapa anda memilih muzik sebagai karier anda?

Faz : Saya memang minat muzik sejak dari kecil. Sewaktu berusia lima tahun, ayah hantar saya ke kelas piano. Ketika umur saya 15 tahun saya sudah boleh bermain gitar. Kalau boleh saya mahu berjaya dalam dua bidang iaitu pelajaran dan muzik. Pada masa akan datang pun saya akan lakukan dua kerja. Satu sebagai pemuzik dan satu lagi yang berkaitan dengan bidang yang saya pelajari sewaktu di universiti dulu.

Adakah anda mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan rock yang dianggotai oleh pemuzik lelaki seperti d-Va?

Faz : Sejak dua tahun menganggotai d-Va saya tidak menghadapi masalah untuk bergaul dengan mereka. Saya sudah biasa bergaul dengan lelaki. Dalam keluarga saya, kesemua tiga adik beradik saya adalah lelaki. Mama saya suka saya menyanyikan lagu-lagu rock. Papa saya juga memahami dan dia juga peminat rock. Walaupun sudah berusia 49 tahun tetapi papa masih dengar lagu-lagu rock termasuk daripada kumpulan Led Zeppelin.

Apa komen Faz apabila ada pendengar kata lagu Aku, Dia Dan Kamu yang Faz nyanyikan macam rock Indonesia?

Faz : Saya hanya mengikut lenggok lagu itu sebagaimana yang dikehendaki oleh penciptanya iaitu Ike. Lagu itu memang ada lenggok lagu-lagu dari Indonesia sebab Ike sendiri adalah orang kacukan Indonesia. Bapa Ike orang Indonesia dan ibunya pula berasal dari Sarawak, tetapi dia warganegara Malaysia. Jadi, slang bahasa Indonesia itu memang ada.

Penyanyi manakah yang paling banyak mempengaruhi Faz dan apakah sebabnya?

Faz : Saya amat meminati Gwen Stefani, vokalis kumpulan No Doubt. Dia banyak mempengaruhi saya. Bagi saya, Gwen Stefani antara ikon dalam dunia fesyen. Dia bukan sahaja seksi tetapi gayanya juga funky.

Akhir sekali, apakah misi dan harapan anda dengan kemunculan album d-Va di pasaran?

Faz : Misi kami ialah untuk membawa satu impak baru dalam industri muzik kita. Kami mahu jadi trend setter. Apa yang kami ketengahkan sekarang ini adalah konsep muzik yang berwarna-warni. Kami harap peminat boleh terima muzik yang kami bawakan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.