saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/02/2005

Ombak besar di pantai Merang satu kejadian aneh - Pakar

KUALA TERENGGANU 11 Feb. - Fenomena ombak besar di Pantai Merang, Setiu, semalam yang meragut enam nyawa terus menjadi misteri apabila seorang ahli kajian samudera menyifatkan kejadian itu sebagai aneh yang tidak pernah berlaku.

Profesor Madya Sulong Ibrahim dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) berkata, ini disebabkan ombak besar itu berlaku sekali sahaja di perairan pantai tersebut dan tidak menyeluruh ke kawasan perairan lain di Terengganu.

Lagi pula, kata pakar tersebut, ketika kejadian pukul 1.25 petang semalam, tiada laporan mengenai gempa bumi atau gegaran di Laut China Selatan.

Satu lagi yang peliknya, kata Sulong, ombak besar itu berlaku ketika air laut cetek dan tenang.

``Saya banyak buat kajian mengenai laut. Daripada kajian serta laporan yang pernah saya baca, apa yang berlaku di Pantai Merang itu agak aneh.

``Saya tidak dapat menyatakan puncanya. Biasanya jika tsunami berlaku, ia berpunca daripada pergerakan dasar laut akibat gempa bumi.

``Tetapi mengikut laporan, tiada gempa bumi berlaku di Laut China Selatan yang boleh menggerakkan ombak besar di Merang,'' kata Sulong dari Institut Oceanografi Kustem.

Beliau merupakan antara dua tenaga akademik di Kustem yang banyak terbabit dalam kajian mengenai laut termasuk arus, ombak, hidupan, pencemaran dan kawasan-kawasan pantai.

Pakar itu diminta mengulas mengenai ombak besar setinggi dua meter yang berlaku secara tiba-tiba di Pantai Merang semalam.

Fenomena luar biasa yang berlaku pukul 1.25 petang menyebabkan seorang guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (SMKATJ) hilang dipukul ombak besar itu ketika mereka sedang mandi.

Kejadian itu menimbulkan misteri terutama kepada pihak berkuasa kerana ombak besar itu datang terlalu pantas dan hanya berlaku sekali sahaja sewaktu air laut surut dan tenang.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, gegaran kecil berukuran 4.8 skala Richter hanya dikesan di Lautan Hindi pada pukul 9.34 pagi semalam, manakala gegaran kedua pula berlaku pada pukul 2.25 petang.

Mengulas lanjut Sulong berpendapat, ombak besar itu mungkin berpunca daripada `gelombang dalaman' di kawasan berkenaan.

Ketika ditanya sama ada musim tengkujuh mungkin mencetuskan ombak besar di Pantai Merang itu, Sulong tidak menganggap ia puncanya.

Ini kerana, katanya, ombak besar pada musim tersebut selalunya datang secara berturutan dan bukan hanya sekali sahaja.

Mengenai kenyataan guru sekolah itu yang terselamat dan menyatakan arus bawah ombak itu begitu kuat, beliau berkata, perkara itu mungkin ada kaitan dengan gelombang dalaman yang memerlukan alat khas untuk mengesannya.

``Kita belum memiliki alat pengesan itu dan sekiranya kita memiliki alat seumpama itu, mungkin kita dapat sedikit sebanyak mengetahui puncanya.''

Ditanya sama ada gempa bumi dengan kekuatan lebih tujuh skala Richter di perairan Filipina boleh memberi kesan kepada pergerakan laut di Pantai Timur, beliau berkata, kesannya tetap ada, tetapi hanya sedikit.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.