saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/02/2005

Tatapan akhir wajah anak - Ibu

JERANTUT 11 Feb. - Seorang ibu, Zaiton Idrus, 52, tidak menyangka wajah anak bongsunya, Khairulnizam Mohamad, yang ditatap sebelum keluar memancing selepas solat Zohor petang semalam merupakan yang terakhir.

``Ketika dia keluar rumah, makcik tidak tahu kerana berada di dapur dan tidak langsung menyangka kejadian buruk akan menimpanya sehinggalah mak cik diberitahu lewat petang semalam.

``Makcik redha dengan takdir Allah,'' katanya di sini hari ini.

Anaknya bersama empat rakannya pergi memancing sebelum dua daripada mereka hilang di Sungai Pahang pukul 5.40 petang semalam kerana terpijak pasir jerlus di sungai itu.

Mereka yang turut hilang bersama Khairulnizam dalam kejadian di Kampung Lada di sini ialah Mohamad Hanis Hashim, 18.

Mereka hanyut dibawa arus deras Sungai Pahang selepas terpijak pasir jerlus itu.

Kedua-dua mangsa belum lagi ditemui sehingga kini.

Bagi pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Azizi Hashim, 28, dia tidak menyangka pertemuan dengan adiknya, Mohamad Hanis dua hari lalu adalah detik terakhir dalam hidupnya.

``Saya pulang ke Ipoh selepas bercuti bersama keluarga di Jerantut tetapi bergegas kembali ke sini pukul 8 malam tadi setelah mendapat berita adik terbabit dalam tragedi ini,'' katanya.

Sebelum itu, kata Azizi, adiknya ada menunjukkan perubahan sikap iaitu mengemas semua pakaiannya untuk dibawa balik ke Jerantut walaupun pengajian di Pusat Giat Mara Shah Alam belum selesai.

Azizi berkata, Mohamad Hanis merupakan anak keenam dari lapan beradik dalam keluarga itu dan berperwatakan lemah-lembut.

Mohamad Hanis ialah pelajar Giat Mara Shah Alam, Selangor manakala Khairulnizam adalah seorang pekerja syarikat penghantar cepat di Bandar Jerantut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.