saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/02/2005

Dua lagi mayat pelajar tragedi ombak besar ditemui

SETIU 11 Feb. - Dua lagi mayat pelajar tragedi ombak besar yang melanda Pantai Merang dekat sini semalam dijumpai menjadikan empat mangsa setakat ini berjaya ditemui sehingga pukul 7 malam ini.

Mayat Mohd. Safwan Saidi, 15, ditemui kira-kira pukul 4 petang ini manakala, seorang lagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (SMKATJ), Mohd. Syafiq Zainuddin, 15, dijumpai kira-kira 50 minit kemudian. Semalam, polis menemui mayat guru sekolah itu, Wan Nordin Wan Hassan, 39, dan mayat pelajar Tingkatan Tiga, Mohd. Izwan Ghazali, 15.

Selain polis, gerakan mencari hari ini melibatkan pasukan bomba dan penyelamat, polis marin, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), nelayan dan penduduk kampung.

Operasi itu turut dibantu sebuah helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kuala Lumpur, dua bot polis marin, 16 bot nelayan dan enam anggota Unit Skuba dan Jetski Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Semalam, seorang guru dan lima pelajar SMKATJ Kuala Terengganu hilang dipukul ombak besar setinggi dua meter yang melanda secara tiba-tiba ketika mereka sedang mandi di Pantai Merang dekat sini.

Bagaimanapun, dua daripada mangsa berkenaan ditemui lemas manakala empat lagi masih hilang.

Tragedi malang itu berlaku pada hari terakhir rombongan 147 pelajar sekolah berkenaan bersama enam guru pengiring mengikuti rombongan Kem Kecemerlangan Jati Diri selamat tiga hari sejak Selasa lalu, di pusat rekreasi pantai tersebut.

Kejadian bermula kira-kira pukul 1.15 petang ketika 123 pelajar dan empat guru mereka sedang mandi apabila 10 minit kemudian ombak besar muncul secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Abdul Aziz Yeop berkata, kedua-dua mayat pelajar itu ditemui terapung-apung kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Menurut beliau, pihaknya sebelum ini tidak menemui mayat itu lebih awal kerana ia tenggelam di dasar laut.

``Kedua-dua mayat itu mula kelihatan setelah ia timbul dan terapung-apung tidak jauh dari tempat kejadian,'' katanya kepada pemberita di bilik operasi sementara tragedi itu di Taman Rekreasi Pantai Merang, petang ini.

Kedua-dua mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Mengenai nasib dua mangsa lain yang masih hilang, Abdul Aziz berkata, gerakan mencari akan diteruskan malam ini dan sekiranya kedua-duanya gagal ditemui, operasi akan disambung bermula pukul 8 pagi esok.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.