saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/02/2005

`Esok adik mati, orang akan baca Yasin'

SETIU 11 Feb. - ``Besok, kalau adik mati orang akan baca Yasin macam inilah. Kalau adik tak ada, hanya tinggal kakak (Adawiyag) sahajalah.''

Itulah kata-kata yang pernah diucapkan oleh Mohd. Safwan, 15, kepada bapanya, Saidi Said, sebelum menemui ajal dalam tragedi ombak besar di Pantai Merang dekat sini, semalam.

Menurut Saidi, 45, anak bongsunya itu mengucapkan kata-kata demikian ketika bapa saudaranya meninggal dunia sebulan lalu dan walaupun Safwan mengeluarkan kata-kata itu seperti gurauan tetapi mempunyai makna tersendiri.

Saidi dari Kampung Banggol Donas Manir, sendiri tidak menyangka kata-kata gurauan Safwan itu menjadi kenyataan apabila anaknya itu turut mati lemas dalam tragedi ombak besar tersebut.

``Kini, saya hanya tinggal seorang anak perempuan iaitu Adawiyaq,'' katanya ketika ditemui di pantai itu hari ini.

Mayat Safwan ditemui kira-kira pukul 4 petang ini dalam keadaan terapung-apung tidak jauh dari tempat kejadian.

Saidi memberitahu, pada mulanya kata-kata Mohd. Safwan itu tidak dihiraukan oleh anggota keluarga yang lain kerana menganggap ia sebagai satu perkataan `main-main' sahaja.

Namun katanya, ketika menonton televisyen mengenai aktiviti sambutan Maal Hijrah semalam, tiba-tiba hatinya terlalu sedih kerana teringatkan Mohd. Safwan sehingga wajah anaknya itu seolah-olah terbayang di kaca televisyen.

``Tiba-tiba pada pukul 2.30 petang, saya menerima panggilan telefon daripada salah seorang guru sekolah tempat anak saya belajar mengatakan Mohd. Safwan mati lemas,'' katanya yang kali terakhir bertemu dengan anaknya kira-kira seminggu lalu.

Saidi menyifatkan, pemergian anaknya itu sebagai suatu ketetapan takdir yang tidak mampu dielakkan.

``Dah nak buat macam mana lagi. Dah sampai masanya anak saya mati di laut dan saya tetap bersyukur kepada Allah kerana segala-galanya kini telah dapat diselesaikan dengan cepat.

``Jenazah Mohd. Safwan akan dikebumikan secepat mungkin di Kampung Tanjung Sabtu, Manir,'' katanya sejurus selepas mayat Mohd. Safwan ditemui.

Menurut Saidi, semasa hayat anak bongsunya itu merupakan seorang anak yang pintar dan sangat mesra dengan anggota keluarga.

Sementara itu, seorang lagi bapa kepada mangsa yang turut terkorban dalam kejadian itu, Zainuddin Awang, 41, berkata, beliau tidak melihat sebarang perubahan atau tanda-tanda pada Mohd. Syafiq, 15 tahun.

Menurut Zainuddin, Mohd. Syafiq adalah seorang anak yang cerdik dan pernah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama dulu.

``Dia bercita-cita untuk menjadi seorang ustaz manakala hubungan dengan adiknya Mohd. Izzat Azri, 13, adalah terlalu rapat.

``Ketika kejadian Mohd. Izzat juga ada bersama dengannya ketika itu,'' katanya yang reda dengan pemergian anaknya.

Mayat Mohd. Syafiz ditemui kira-kira pukul 4.50 oleh pasukan penyelamat petang ini dan akan dikebumikan di Kampung Balai Maras, Mengabang Telipot secepat mungkin.

``Saya mendapat tahu tentang kejadian ini apabila Mohd. Izzat menelefon saya kira-kira pukul 2.30 petang semalam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

``Walaupun sedih, namun saya bersyukur kerana hajat untuk melihat jenazah anak saya ditemui, akhirnya tercapai,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.