saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/02/2005

Izzat masih terbayang rakan dihanyut ombak besar

SETIU 11 Feb. - Seorang pelajar yang terselamat dalam kejadian di Pantai Merang semalam, Mohd. Izzat Azri Zainuddin, 13, menyaksikan bagaimana beberapa rakannya dihanyutkan arus ketika ombak besar tiba-tiba muncul ke arah mereka.

Dia juga tidak menyangka salah seorang yang dihanyutkan itu ialah abangnya, Mohd. Syafiq Zainuddin, 15.

Ketika itu Mohd. Izzat Azri berada di tepi pantai selepas berjaya menyelamatkan diri daripada dihanyutkan ombak besar tersebut.

Menurutnya, beliau hampir lemas ketika dipukul ombak itu tetapi dengan tenaga yang ada, akhirnya berjaya naik ke pantai bersama rakan-rakannya yang lain.

``Sampai ke pantai saya terus lihat ke arah laut. Pada masa itu ombak belum reda lagi dan saya tengok sendiri beberapa rakan saya dihanyutkan ke tengah. Saya terus mencari abang untuk pastikan dia selamat.

``Saya mencari serata kem hingga ke khemah tetapi masih tidak berjumpa dengannya. Apabila sampai ke pantai, ada orang beritahu saya yang abang telah lemas. Masa itu saya tidak tahu nak cakap apa-apa lagi,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Mohd. Izzat Azri adalah antara pelajar yang terselamat daripada kejadian ombak besar

ketika menyertai program kecemerlangan jati diri Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (SMKAJT) yang melibatkan penyertaan 147 pelajar.

Dalam kejadian itu, seorang guru serta lima pelajar lemas dan sehingga kini empat daripada mereka telah ditemui termasuk Mohd. Syafiq.

Mayatnya itu ditemui kira-kira 4.50 petang ini.

Mohd. Izzat Azri berkata, beliau merasa sungguh sedih dan apabila bapanya, Zainuddin Awang, 41, sampai ke kem untuk menjemput mereka pulang, dia terus memberitahu kejadian tersebut.

``Ayah terkejut apabila saya memberitahu apa yang berlaku. Badan emak terus menjadi lemah apabila saya beritahu kejadian ini.

``Saya sendiri tidak dapat hendak gambar perasaan sekarang. Saya menangis apabila terkenangkan abang kerana kami terlalu rapat dan selalu bersaing dalam semua benda terutama dalam pelajaran,'' ujar pelajar tingkatan satu Al-Imran itu.

Beliau berkata, rancangan untuk menyertai perkhemahan itu telah diberitahu kepada bapa mereka Jumaat lepas.

``Masa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) saya dapat 5A, abang pun dapat 5A. Di rumah, kami tinggal sebilik dan di asrama pun kami tinggal di dalam dorm yang sama.

``Kini abang tiada lagi dan saya akan terkenangkannya sampai bila-bila,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.