saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/02/2005

Tidak sangka peluk, cium Izwan pelukan terakhir

PASIR MAS 11 Feb. - Ghazali Deraman, bapa kepada Mohd. Izwan yang mati lemas di Pusat Rekreasi Pantai Merang, Terengganu semalam tidak menyangka peluk dan ciuman serta permohonan maaf anaknya, Sabtu lalu adalah buat kali terakhir.

Ghazali, 45, yang kelihatan masih sugul berkata, Mohd. Izwan biasanya tidak memeluk serta mencium beliau kecuali hanya sekadar bersalam sambil mencium tangan sahaja ketika berjumpa.

Bagaimanapun, pada pertemuan semasa beliau berkunjung ke asrama anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jering, Terengganu, itu, Mohd. Izwan berkelakuan agak ganjil berbanding biasa.

``Saya tidak menyangka peluk, cium sambil mohon maaf Izwan itu merupakan pelukan terakhir buat kami, sekarang baru saya terasa kesayuan bila dia tiada,'' katanya ketika ditemui di rumah keluarga isterinya di Kampung Sangkar Sungai, Tendong di sini petang ini.

Mohd. Izwan, 15, adalah antara mangsa yang terkorban setelah lemas akibat dipukul ombak besar setinggi dua meter yang melanda secara tiba-tiba ketika sedang mandi bersama rakan-rakan lain termasuk guru di Pantai Merang Terengganu petang semalam.

Menurut Ghazali, beliau mengetahui kejadian itu semasa datang hendak mengambil Mohd. Izwan di pusat rekreasi berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang bersama keluarga termasuk isterinya, Mek Jah Ramli, 42.

``Sebaik tiba di pusat itu, kami diberitahu oleh rakan-rakan Izwan dan guru yang Izwan mati lemas di pantai,'' katanya yang semacam tidak percaya dengan kejadian yang berlaku.

Ketika beliau dan isterinya meluru ke pantai di tempat kejadian, pada masa yang sama mayat anaknya dibawa oleh anggota penyelamat ke pusat rekreasi.

``Bila ternyata mayat itu Izwan, saya tidak dapat lagi menahan perasaan, Tuhan sahaja yang tahu dan isteri saya pengsan seketika,'' ujarnya dengan sedih.

Ghazali yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Terengganu menyifatkan Izwan sebagai anak yang baik dan pintar setelah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum memasuki SMKA Tok Jering.

Katanya, Mohd. Izwan yang mendapat biasiswa Petronas akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan bercita-cita menjadi jurutera.

Izwan anak bongsu daripada tiga beradik semasa hayatnya sering bermesra dengan keluarga dan jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung itu, kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

``Kami redha dengan apa yang berlaku kerana itu adalah kehendak Tuhan,'' ujar Ghazali.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.