saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/02/2005

Niat bapa sandingkan 4 anak serentak berakhir di pusara


KAPTEN Mohd. Imran Abd. Hamid (tiga dari kiri) mengimamkan sembahyang jenazah keempat-empat anak perempuannya di kediaman beliau di Taman Tazali, Sitiawan, Perak semalam. Kesemua jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Serdang.


SITIAWAN 12 Feb. - Kapten Mohd. Imran Abdul Hamid yang pernah berniat untuk menyaksikan empat anak perempuannya bersanding serentak tidak menyangka terpaksa mengebumikan jenazah anak-anaknya itu di dalam satu liang lahad.

Pegawai Memerintah KD Pelanduk di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut itu berkata, niat tersebut timbul baru-baru ini memandangkan anak-anaknya sudah dewasa dengan dua orang daripadanya telah pun bekerja.

Bagaimanapun niat Mohd. Imran, 50, tidak kesampaian sebaliknya beliau menyaksikan keempat-empat anaknya itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya sendiri selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gerik semalam.

``Hasrat saya tidak kesampaian, sebaliknya mereka disemadikan serentak di dalam liang lahad. Sebagai orang Islam, saya redha dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu,'' katanya.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Tazali di sini hari ini selepas majlis pengebumian anak-anaknya, dia berkata: ``Saya tidak nampak sebarang kelainan pada mereka. Memang sudah kelaziman kami akan balik ke Kota Bharu bila ada cuti tetapi tak sangka kali ini terjadi tragedi.''

Menurut Mohd. Imran, dia juga tidak menyangka niat untuk bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarganya di Masjid Gerik juga berakhir dengan sembahyang jenazah.

``Saya melihat sendiri keempat-empat anak saya pergi dan ia berlaku sekelip mata.

``Pernah sebelum ini saya mengingatkan 2,060 anggota TLDM bahawa mereka mesti sampai ke Pangkalan Lumut dengan selamat tetapi sebaliknya berlaku kepada anak saya sendiri,'' katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 petang semalam, kereta Mercedes Benz E220 yang dinaiki empat anaknya itu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan itu menyebabkan kereta berkenaan remuk.

Mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta, Intan Mazuin Mohd. Imran, 26, pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur; Intan Mazmin, 25, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya; dan Intan Syafarin Hanni, 23, penuntut tahun tiga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi anaknya, Intan Syafinaz, 20, pelajar tahun satu Universiti Malaya (UM) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

Pada waktu kejadian, kereta tersebut mengekori kereta yang dipandu Mohd. Imran yang dinaiki bersama isterinya, Che Saleha Che Abd Rahman, 50, serta dua lagi anaknya Intan Mazlin, 24, dan Muhd. Syaiful Amri, 13, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke rumah mereka di Sitiawan.

Keempat-empat mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang, di sini hari ini. Turut hadir menziarah keluarga mangsa, Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Mohd. Anuar Mohd. Noor dan Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menceritakan tragedi sedih tersebut, Mohd. Imran berkata, kejadian dipercayai berlaku sebaik sahaja beliau selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bersia, Gerik sementara menunggu kereta anaknya yang mengekori dari belakang.

``Setelah solat Jumaat di masjid kira-kira pukul 1.40 petang, saya berasa tidak sedap hati dan menyuruh isteri saya menunggu di persimpangan jalan masuk ke masjid itu.

``Dalam masa yang sama seorang lelaki berbangsa Cina telah meminta isteri saya meminjamkan telefon bimbitnya untuk memberitahu polis mengenai kemalangan kira-kira satu kilometer daripada tempat itu.

``Isteri saya terus mendapatkan saya di masjid dan kami ke tempat kejadian dan sampai di tempat itu, saya lihat kemalangan tersebut adalah membabitkan anak-anak saya sendiri,'' katanya.

Katanya, beliau tidak mengesyaki sesuatu kejadian buruk akan berlaku dalam perjalanan dari rumah keluarga isterinya di Lundang, Kota Bharu ke Sitiawan kerana telah menasihatkan mereka supaya memandu dengan berhati-hati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.