saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 15/02/2005

Banyak tapak perniagaan PBT terbiar tiada pelanggan

Saudara Pengarang,
SEMPENA Sambutan Maal Hijrah dan Tahun Baru Cina yang lalu, saya melalui beberapa daerah di Negeri Sembilan dalam perjalanan ke pantai timur.

Dalam perjalanan saya dapat melihat begitu banyak tapak perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sama ada tidak berpenghuni atau sudah kelihatan akan roboh.

Saya percaya ada yang menjadi sarang penagih dadah atau tempat persinggahan lembu dan kambing.

Tapak pertama yang saya lihat terbiar terletak di Pedas, Negeri Sembilan. Tersergam indah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, tapi tidak nampak sebarang tanda-tanda perniagaan di kompleks tersebut.

Di kawasan Sungai Gadut, Seremban terdapat sebuah kawasan perhentian dengan sederet lot kedai, sebuah wakaf serta tandas awam. Tidak pasti milik pihak berkuasa tempatan daerah mana.

Yang pasti, pintu-pintu kedai sudah roboh, pintu tandas sudah tiada. Hanya sekali-sekala ada peniaga jalanan yang mendirikan gerai sementara tepi jalan untuk menjual minuman, tetapi bangunan gerai kekal sedia ada dibiarkan rebah ke bumi.

Masuk ke Taman Tuanku Jaafar, Senawang, terdapat pula deretan gerai yang menurut ceritanya projek ini bertujuan untuk menggantikan gerai-gerai sedia ada yang tidak tersusun.

Malangnya kawasan gerai milik pihak berkuasa tempatan ini tidak strategik, memanjang ke dalam, hanya satu jalan masuk dan keluar.

Akibatnya, tiada siapa yang akan mengambil lot gerai di bahagian hujung. Akhirnya kawasan ini hanya dijadikan tapak pasar malam dan sekali-sekala dijadikan tempat bermain bola oleh sekumpulan remaja.

Kemudian menyusur jalan Bukit Putus menuju ke Kuala Pilah, saya temui kawasan rehat dan rekreasi yang baru didirikan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah di sebelah kiri jalan.

Di sebelah kanan jalan ialah kawasan rehat dan rekreasi Ulu Bendul yang sedia ada sejak sekian lama.

Dari jauh diperhatikan bangunan dua tingkat yang menempatkan gerai-gerai seolah-olah sudah menjadi tempat "jin bertendang.

Beberapa kilometer selepas itu terdapat pula satu masa dahulu Kompleks Taman Budaya Sri Menanti yang tersergam indah dikelilingi kawasan sawah padi.

Sayangnya kompleks projek agro pelancongan itu tidak terurus, sentiasa berkunci, seolah-olah ia kawasan pelancong bermusim.

Melepasi pekan Kuala Pilah sebelum sampai ke pekan Batu Kikir, terdapat satu lagi kawasan rehat yang tidak pasti sama ada milik Majlis Daerah Kuala Pilah atau Majlis Daerah Jempol.

Untuk masuk ke kawasan rehat dan rekreasi ini pengguna jalan raya harus mengambil laluan keluar masuk yang agak berbahaya.

Dan kawasan rehat dan rekreasi ini tidak menarik perhatian langsung memandangkan gerai-gerainya membelakangkan jalan utama.

Yang pasti kawasan rehat dan rekreasi ini telah terbiar dan tidak berpenghuni sejak ia mula dibuka.

Mengapa fenomena ini berlaku? Apabila isu ini dibangkitkan dalam akhbar, mulalah pelbagai pihak menuding jari.

Ada wakil rakyat yang memberi pandangan bahawa kurang promosi dilakukan untuk menarik peniaga dan pelanggan mengunjungi kawasan berkenaan.

Adakah kajian terperinci dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum sesuatu projek itu dilakukan atau ia semata-mata untuk menghabiskan bajet tahunan yang sedia ada?

Kadang-kadang diperhatikan lokasi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan ini tidak masuk akal.

Ada yang mempunyai hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dan didirikan di kawasan yang bukan tumpuan ramai.

Yang pasti mendapat keuntungan daripada projek-projek ini hanyalah kontraktor serta pemilik tanah yang mendapat pampasan yang lumayan.

Pembaziran telah berlaku. Kerajaan negeri hendaklah menilai semula pencapaian projek-projek ini. - ROZMAL MALAKAN, Senawang, Negeri Sembilan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.