saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/02/2005

Buli Balik pemegang saham pegang watak utama


TERAJU utama Buli Balik. Dari kanan: Hans Isaac, Nasha Aziz dan Afdlin Shauki.


TIGA pemegang saham penerbitan filem Buli Balik iaitu Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Nasha Aziz tetap menjadi peneraju utama filem yang bakal ditayangkan akhir tahun ini.

Namun watak-watak sampingan yang dipilih untuk membintangi filem tersebut bukanlah calang-calang orang.

Hampir kesemuanya adalah pelakon berkaliber yang mempunyai reputasi unggul dalam dunia perfileman tanah air.

Antaranya termasuklah nama-nama seperti Harun Salim Bachik, Ida Nerina, Umie Aida, Harith Iskandar dan Patrick Teoh.

Malah pengarah Aziz M. Osman turut dijemput membintangi filem sambungan Buli itu, filem yang telah memberi peluang kepada Afdlin memenangi kategori Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM-17) tahun lalu.

Menurut Afdlin Shauki yang juga pengarah dan penulis skrip Buli Balik, dia berbangga apabila ramai kalangan aktor dan aktres yang dipelawa, menerima tawaran membintangi filem tersebut.

Ini kerana katanya, selain mengagumi karisma masing-masing dalam dunia lakonan, lebih utama, mereka mempunyai misi yang sama iaitu untuk melihat filem Melayu terus maju ke hadapan.

``Saya menjemput mereka bekerjasama dengan saya sekiranya mereka sudi. Saya mahu berjaya bersama-sama.

``Dan sudah pasti, matlamat utama menjemput mereka kerana mahu memastikan kualiti filem saya. Saya tidak mahu filem saya cacat.

``Saya mahu menghasilkan satu produk yang bagus di mana para penonton yang membeli tiket ke panggung akan merasa puas menyaksikan buah tangan saya,'' kata Afdlin yang ditemui selepas majlis pelancaran/tamat penggambaran filem tersebut di Menara Kuala Lumpur, petang Khamis lalu.

Menurut Afdlin, dia menghasilkan sesebuah filem bukan semata-mata untuk tujuan komersial atau mengaut keuntungan sahaja.

Sebaliknya, tegas Afdlin, filem yang dihasilkan perlulah disertai dengan jalan cerita yang mendalam dan penuh makna.

``Saya mahu buat filem yang boleh buat duit tetapi pada masa yang sama mempunyai cerita yang boleh memberi mesej kepada penonton.

``Sebagai sebuah cerita komedi, memanglah Buli Balik sarat dengan jenaka tetapi ia juga sebenarnya sebuah drama yang berat,'' jelasnya.

Menurut Afdlin, filem Buli Balik adalah penutup kepada cerita Buli yang dihasilkannya dua tahun lepas.

Ia merangkumi penyelesaian riwayat hidup watak Nordin (lakonannya).

Ia juga merungkai persoalan apakah Nordin yang seringkali dibuli Roy (lakonan Hans Isaac) pada filem pertama itu akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang sama.

Buli Balik adalah sebuah filem usaha sama antara Grand Brilliance Sdn. Bhd., (GBSB) dengan Vision Works Sdn. Bhd., milik Afdlin Shauki dan Tall Order Production, milik Hans Isaac.

Nasha Aziz turut melaburkan sahamnya dalam penerbitan filem ini melalui syarikat Vision Works Sdn. Bhd.

Ditanya apakah Buli Balik mampu memberinya peluang meraih anugerah pengarah terbaik pada FFM yang akan datang, kata Afdlin, ``Yang menjadi kepentingan saya ialah untuk berusaha menyediakan produk yang mementingkan aspek-aspek komersial dan mesej untuk tontonan ramai.''

Menyentuh mengenai keakrabannya dengan Hans Isaac ibarat isi dengan kuku, jelas Afdlin pula, ``Memang orang selalu kata, kalau ada saya, mesti ada Hans dan begitulah sebaliknya. Kami memang kawan baik. Dan sebenarnya ia adalah trend kami.

``Maksud saya, kalau masing-masing jadi penerbit bersama, kami akan berlakon dalam filem yang diterbitkan itu. Jadi dalam filem ini, selain kami, Nasha juga adalah pelabur dan dia turut sama sebagai pemegang watak utama.

``Kalau ada pula orang lain jadi penerbit bersama, dia juga akan berlakon dalam filem yang diterbitkan itu.

``Dengan cara itu, kami selalunya dapat bertemu dengan ramai pelakon berbakat seperti A.C Mizal, Riezman dan sebagainya.''

Filem ini mengisahkan Nordin yang masih menjalani terapi telah bertemu semula dengan Roy yang telah hilang ingatan. Nordin berusaha membantu memulihkan semula Roy biarpun tidak dipersetujui Shaff (lakonan Ako Mustapha). Sementara itu, Rudy (lakonan A.C Mizal) yang dipenjarakan, berjaya melepaskan diri dan berazam membalas dendam.

Buli Balik menelan belanja RM1.5 juta dan menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar ibukota, Cyberjaya dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Menariknya, lokasi yang dipilih, biarpun bukan tepat tumpuan tetapi kelihatan mahal dan bergaya.

Sehari sebelum tamat penggambaran, Afdlin telah mengalami kecederaan apabila dihempap tiang lampu ketika di lokasi Port Dickson. Akibatnya dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, sebaik selesai x-ray, dia kembali ke lokasi.

Promosi filem ini akan bermula tiga bulan lagi namun para peminat yang ingin mengetahui mengenai filem Buli Balik sudah boleh melayari laman web www.bulimovie.com

Lebih menarik, dalam laman web itu, pihak penerbit turut mengadakan kuiz, teka berat badan Afdlin Shauki dan mereka yang berjaya akan menerima ganjaran.

Berat badan Afdlin ketika ini ialah 110 kilogram. Menjelang Jun ini, dia perlu menguruskan badannya bagi membintangi sebuah pementasan teater mengenai P. Ramlee di The Actors Studio. Dia yakin mampu mencapai berat badan dahulu iaitu 78 kilogram dengan bersenam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.