saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/02/2005

VE kena hentam lebih banyak rakam lagu Inggeris

Majlis sidang akhbar pelancaran album VE, VE For You di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, Rabu lalu menjadi medan kumpulan itu dihentam dengan pelbagai soalan yang menyentuh mengenai sikap anggota kumpulan itu.

VE yang bernaung di bawah EMI (M) Sdn. Bhd., ditanya pelbagai soalan mengenai pendirian mereka yang lebih banyak merakamkan lagu Inggeris. Mereka juga didakwa hidung tinggi, ego dan susah memberikan kerjasama dengan pihak wartawan.

Gara-gara itu kononnya nama VE hampir ditenggelamkan oleh populariti sebuah kumpulan lain yang menampilkan muzik yang hampir sama dengan mereka.

Kini dalam usaha mempromosikan album terbaru mereka, timbul pula dakwaan kononnya kumpulan itu telah menimbulkan gosip cinta antara salah seorang anggotanya, Zaf atau Zafri Nazaruddin dengan Misha Omar.

Gosip itu dikatakan ditimbulkan bagi melariskan jualan album mereka yang telah diedarkan sejak 23 Disember lalu.

Zaf yang ditemui selepas majlis itu menafikan dakwaan tersebut. Katanya sebagai sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan sejak 10 tahun lalu, VE tidak pernah menjadikan gosip sebagai pelaris jualan album.

``Kami bukan kumpulan baru dan kami tahu kami mempunyai peminat sendiri. Sebab itu tidak pernah terlintas di hati kami untuk menjadikan gosip sebagai pelaris jualan album. Antara saya dengan Misha Omar tidak ada apa-apa. Kami hanya berkawan.

``Bagaimanapun apa yang kami tahu daripada pihak EMI, dalam tempoh sebulan album kami dipasarkan, lebih 5,000 unit sudah dijual.

``Ini adalah satu perkembangan yang baik dalam senario penjualan album yang semakin lembap ketika ini,'' kata Zaf.

Menyentuh mengenai sikap mereka yang dikatakan hidung tinggi, kata Zaf, sebagai manusia biasa mereka tidak boleh menyenangkan hati semua orang.

``Manusia ini ada pelbagai ragam tetapi kami tidak pernah membezakan para peminat kami,'' kata Zaf.

Menurutnya, VE tampil sebagai sebuah kumpulan muzik bukan untuk berlagak. Sebaliknya mahu mencapai kejayaan cemerlang dalam dunia muzik.

``Bukan sekadar dalam negara sendiri, Brunei dan Singapura tetapi kalau boleh hingga ke negara Eropah,'' kata Zaf.

Untuk itu, kata Zaf, VE perlu memuatkan lagu-lagu Inggeris di dalam album mereka selain lagu-lagu Melayu.

``Sebagai permulaan EMI akan cuba membawa kami hingga ke Thailand, Filipina dan Indonesia dan jika kami menyanyikan lagu Melayu sudah tentu sukar untuk para peminat di luar sana mahu menghayati atau menerima kami.''

``VE yakin bila nama mereka sudah dapat menambat hati para peminat muzik luar dari Malaysia, tidak sukar bagi VE untuk memperkenalkan lagu Melayu.

``Lagipun kami mahu membuktikan kepada orang luar bahawa penyanyi Malaysia Boleh,''kata Zaf.

VE For You mengandungi enam lagu Inggeris Gimme Your Love, Feel Good, Get On Up, Message Girl, Don't Go dan Party Like This. Empat buah lagu pula ialah Kerna Sayang, Pop Ye!Ye!, Baby dan Detik Bersama.

Selain Zaf, VE juga dianggotai oleh Abdullah Ahmad (Lah), Shahrin Azmir Mohd. Shaharuddin (Shah), Charma Adizalilullah Abdul Khalil dan Damian Seet.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.