saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 19/02/2005

TINJAUAN KHAS


DI CELAH-CELAH hutan ini arus pembangunan semakin menghampiri Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Kawasan itu dulunya merupakan hutan tebal. Gambar ini diambil dari atas menara pemandangan Bukit Sapu Tangan setinggi 211 meter dari aras laut di dalam taman pertanian itu.


SEMASA menghadiri persidangan mengenai kepelbagaian biologi di Paris bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan umat manusia supaya menjaga alam sekitar dan spesies-spesies hidupannya. Beliau turut menyentuh mengenai soal sungai, anak-anak sungai, bukit bukau sehinggalah kepada kepentingan hutan bakau.

Tragedi tsunami, kata beliau sepatutnya menyedarkan kita semua mengenai kepentingan dan pemuliharaan alam sekitar di bumi yang kita huni ini.

Bagaimanapun tidak jauh dari kita, di Lembah Klang - Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam - satu-satunya taman pertanian dan hutan agro terbesar di dunia sedang menghadapi ancaman ekologi yang dahsyat.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati hampir keseluruhan garisan sempadannya, yang merupakan hutan-hutan milik Kerajaan Selangor sedang diteroka atas nama pembangunan hartanah.

Tanah seluas 1,200 hektar di bahagian utara sempadan taman itu sedang diratakan. Bukit-bukit ditarah tanpa mengikut perancangan, ada yang digondol dan ditinggalkan begitu sahaja.

Tasik-tasik semulajadi dan bukan semulajadi yang menjadi takungan air harian menghadapi ancaman ditimbus.

Di bahagian selatan, timur dan barat sempadan taman itu pula begitu juga. Haiwan-haiwan yang berhijrah dari satu hutan ke satu hutan melalui taman pertanian itu kini sudah hilang entah ke mana? Hutan-hutan yang menjadi kediaman atau habitat mereka sudah tiada.

Jurugambar Utusan Malaysia, IZHAM JAAFAR merakamkan gambaran kemusnahan ini dari dalam dan luar taman pertanian itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.