saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/02/2005

Seniwati Saadiah meninggal dunia


FAUZIAH Ahmad Daud (kanan) menatap buat kali terakhir jenazah ibunya, seniwati Saadiah yang meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, Hulu Kelang, semalam. - Gambar Harun osman.



KUALA LUMPUR 26 Feb. - Seniwati veteran, Datin Saadiah, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati di sini tengah hari ini setelah mengalami sesak nafas. Beliau berusia 68 tahun.

Allahyarham atau nama sebenarnya, Satyah Baharom yang dilahirkan pada 10 Ogos 1937 di Tanjung Katong, Singapura menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.30 petang di hadapan anaknya, Noraini Ahmad, 49, setelah mengalami sesak nafas sejak mengalami keuzuran dan menderita penyakit kencing manis beberapa tahun ini.

Beliau meninggalkan dua orang kakak, seniwati Mariam dan Aishah, masing-masing kini menetap di Singapura dan Johor serta enam orang anak dan 11 cucu.

Ketika bersama suami pertama, Ahmad Samad, Allahyarham dikurniakan tiga anak iaitu Noraini, Azizah dan Rohaya, manakala semasa hidup bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Saadiah turut mendapat tiga anak iaitu Fauziah (Ogy), Fazal dan Fadzlina.

Noraini berkata, di saat-saat akhir sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir petang ini, Allahyarham sempat menyebut keenam-enam nama anaknya.

``Ibu kemudiannya mengalami sesak nafas, sambil saya sempat membisikkan kalimah syahadah di telinganya, ibu turut menyebutnya perlahan dan beliau meninggal selepas itu.

``Saya kemudiannya berkejar memanggil jiran kami yang merupakan seorang doktor, yang kemudiannya mengesahkan ibu sudah meninggal,'' ujarnya.

Sementara itu Ogy berkata, walaupun ibunya lebih dijaga oleh kakak tirinya, Noraini beliau juga bersama adik beradik yang lain banyak menghabiskan masa untuk berada di samping beliau sehinggalah di saat-saat akhir sebelum meninggal.

``Malam tadi semasa berada di sisinya, ibu seperti tahu beliau akan pergi meninggalkan kami semua sehinggakan ibu kata, arwah ayah sudah menunggunya di sana.

``Saya terlalu menyayangi ibu lebih daripada saya menyayangi diri sendiri, dialah wanita yang paling cantik (budi pekerti) yang pernah saya jumpa, kematiannya benar-benar satu kehilangan besar dalam hidup saya,'' ujarnya sedih.

Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai anak seni seawal usia 14 tahun dengan diberi watak pembantu dengan bayaran sebanyak RM60 sebulan.

Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang menghantar ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada dunia perfileman Melayu yang sukar dicari ganti.

Menurutnya kegigihan dan komitmen Allahyarham harus menjadi contoh kepada anak-anak muda yang bergiat dalam bidang perfileman.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin selaku presiden Kelab Veteran Utusan Melayu juga menghantar ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

``Walaupun Allahyarham telah pergi namun sumbangannya tetap kekal dalam ingatan masyarakat terutama peminat seni filem tanah air,'' katanya.

Selain itu rakan-rakan seperjuangan tidak ketinggalan menziarahi jenazah Allahyarham antaranya Datuk Mustafa Maarof, Aziz Sattar, Kuswadinata, Mariani Ismail, Datin Rosnani Jamil, Habsah Hassan, Azean Irdawaty, Rubiah Suparman, Datin Orkid Abdullah, Aspalela Abdullah dan ramai lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.