saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 01/03/2005

Aziz M. Osman jawab tulisan Ku Seman

Saudara Pengarang,
YOU think the only people who are people,

Are people who look and think like you,

But if you walk the foot step of a stranger,

You'll learn things you never knew, you never knew.

Begitulah petikan lirik dari filem animasi Pocahontas yang lebih kurang bermaksud:

``Anda fikir manusia bertamadun adalah manusia yang berperibadi dan berfikir seperti anda. Tetapi apabila anda berjalan mengikut jejak kaki orang lain (yang anda tidak pernah kenali), anda akan belajar sesuatu.''

Saya terpanggil untuk memberi respons terhadap ruangan pojok Getaran Seni kelolaan Ku Seman Ku Hussain (sahabat saya) yang bertajuk Apa perlu filem Melayu? Jadi, apa relevan lirik lagu filem animasi Walt Disney itu dengan rencana Ku Seman? Jawapan ringkas saya, buka mata besar-besar dan keluar dari kepompong anda.

Sebelum Ku Seman senyum sinis dan berfikir `provokasi aku menjadi', suka saya memberitahu bahawa tulisan saya ini bukan untuk memulang paku buah keras padanya tetapi hanya sekadar untuk memberi pengetahuan kepada pembaca ruangan Forum terhadap senario industri perfileman Malaysia khasnya, perfileman dunia umumnya.

Selain pengamal filem, saya juga seorang peminat filem. Dalam seminggu saya akan menonton sekurang-kurangnya dua filem di pawagam (biasanya di TGV One Utama). Itu tidak termasuk VCD dan DVD (asli dan cetak rompak) yang saya tonton setiap hari. Apa reaksi saya tentang filem dari aspek mutu piawaian saya? Senang saja. Saya menonton, saya suka, saya tengok sampai habis. Kalau saya tak suka, saya angkat punggung dan keluar pawagam. Saya akan kata: ``Filem ini bukan untuk aku.''

Kata Ku Seman: ``Untuk menjadi popular dan mengaut sedikit untung, karyawan filem Melayu terpaksa melakukan pengorbanan yang paling besar, menghina intelek penonton dan menjaja sampah sarap.''

Sekiranya beliau berasa terhina dan merasa minda anda cuba dikorupkan, sila lakukan seperti saya. Pada beliau filem tersebut adalah sampah sarap, tetapi pada orang lain ia adalah sumber penglipurlara yang paling berkesan untuk melupakan serabut dan kekusutan hidup yang dilalui sepanjang hari.

Dengan konsep panggung wayang multiplex, terdapat bermacam-macam genre filem ditayangkan di bawah satu bumbung. Pilihlah filem mana yang anda nak tonton. Tak ada sesiapa pun yang akan paksa anda untuk menonton filem sampah.

Apa pandangan Ku Seman tentang penonton yang berduyun-duyun membeli tiket, penuhkan dewan panggung untuk menonton filem yang beliau anggap sampah? (Sila lihat semula lirik lagu di atas).

Saya menghormati Ku Seman sebagai penulis dan pengkritik filem senior. Tetapi kredibiliti beliau terjejas di kaca mata saya apabila ruangan pojok beliau lebih kepada provokasi murah dan langsung tidak bermotivasi.

Sebagai penulis yang berpengalaman, beliau sepatutnya sudah menyedari hakikat sebenar dan bersama-sama berfikir untuk memajukan senario filem tanah air. Kita hargai usaha dan pengorbanan U Wei, Adman, Erma, Shumi dan Yasmin menggarap filem tidak popular.

Saya sendiri satu ketika berada dalam persimpangan apabila ditawar menggarap siri filem Senario. Namun survival industri filem terletak di tangan penonton. Saya mengambil keputusan untuk buat filem yang diterima penonton.

Saya kerap mendengar keluhan rakan-rakan karyawan yang menghasilkan filem masterpiece yang gagal di box-office. Mereka mengadu tiada produser lagi berani mendana projek baru mereka. Ada yang kini hidup melarat dan diisytihar muflis. Filem-filem bermaruah mereka (mengikut piawaian Ku Seman) tidak mampu menampung survival hidup.

Apakah menjadi satu dosa apabila filem-filem saya, Datuk Yusof dan Prof. Razak menjadi popular? Apa yang saya faham mengenai falsafah Ku Seman ialah beliau seorang yang percaya pada kebebasan luahan rasa (freedom of expression). Malangnya beliau tidak menghormati luahan rasa orang lain yang tidak difahami (sila lihat semula lirik lagu).

Kebetulan saya baru selesai menonton temuramah Chris Rock dengan penonton biasa di Amerika (siaran langsung Anugerah Academy). Kebanyakan tiada langsung yang menonton filem yang disenarai calon filem terbaik. Ironinya beliau menemuramah seorang penonton yang menonton filem-filem bermutu, tetapi menganggap filem White Chicks adalah yang terbaik. - AZIZ M. OSMAN, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.