saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/03/2005

Matrikulasi: Melayu merosot -- Pelajar bukan bumiputera yang cuma 10% jauh lebih cemerlang

BALIK PULAU 13 Mac - Pelajar bukan bumiputera yang hanya mengisi kuota 10 peratus program matrikulasi mencatatkan keputusan peperiksaan lebih cemerlang berbanding pelajar Melayu yang mendominasi 90 peratus tempat dalam program tersebut.

Kira-kira 1,000 pelajar bukan bumiputera program itu berjaya meraih Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) penuh 4.0 baru-baru ini mengatasi 800 pelajar Melayu yang mencatat keputusan sama.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT baru-baru ini yang menyifatkan kemerosotan pelajar Melayu dalam program matrikulasi sebagai serius dan sesuatu perlu dibuat untuk mengatasinya.

``Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan UMNO membangkitkannya dan ia dibincangkan secara serius dalam mesyuarat itu tentang cara bagaimana untuk meningkatkan kesedaran pelajar Melayu terhadap pelajaran,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Islam Hadhari Peringkat Daerah Barat Daya Pulau Pinang di Kompleks Sukan Balik Pulau, di sini hari ini.

Peruntukan kuota 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera untuk memasuki Program Matrikulasi dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) diluluskan oleh kerajaan pada 2002 bertujuan meningkatkan kerjasama tertentu di samping untuk integrasi kaum.

Pada tahun lalu, lebih 20,000 tempat ditawarkan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pelajaran di pusat-pusat matrikulasi di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 10 peratus diperuntukkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Terdahulu, Hilmi yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Induk Islam Hadhari membangkitkan kemerosotan prestasi pelajar Melayu termasuk program matrikulasi dalam ucapannya.

Tegasnya, sebab itu Islam Hadhari yang diperkenalkan hari ini mahu orang Melayu mengubah sikap mereka tentang keperluan kualiti hidup jika mahu berjaya.

Menurutnya, cara orang Melayu bekerja dan belajar perlu berubah mengikut piawaian yang selaras dengan keperluan semasa.

``Jika dulu cukup dengan penyediaan kuda dan baju besi untuk berperang tetapi sekarang memerlukan kapal perang dan jet pejuang.

``Jika cara kita (pelajar Melayu) bertindak dan berfikir masih di takuk lama, sudah tentu tidak akan ada peningkatan hidup yang dicapai,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.