saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 15/03/2005

Peratusan kelulusan STPM meningkat

KUALA LUMPUR 14 Mac - Peratusan kelulusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2004 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan di beberapa buah negeri berbanding tahun lepas.

Bagaimanapun terdapat juga negeri yang mencatatkan sedikit penurunan dalam peperiksaan berkenaan.

Di Ipoh, 6,253 calon STPM di Perak lulus penuh iaitu sekurang-kurangnya satu mata pelajaran di peringkat prinsipal.

Pengarah Pelajaran negeri, Mohammed Zakaria Mohd. Noor berkata, keputusan itu sekali gus mengatasi pencapaian peringkat nasional 94.74 peratus.

``Bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) bersamaan 4.0 adalah 50 orang,'' katanya.

Di Alor Star, keputusan STPM tahun lalu di Kedah menunjukkan pencapaian yang baik dengan tujuh sekolah memperoleh pencapaian 100 peratus kelulusan penuh.

Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Rahman Yop berkata, 259 calon peperiksaan tersebut yang mendapat 5 Prinsipal (5P) sementara 1,901 orang memperoleh 4P.

``Tiga pelajar di negeri ini mendapat 5A dalam semua mata pelajaran yang diduduki terdiri Lim Kher Sham dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, Ng Aik Kee dari SMK Bandar Sungai Petani dan Bashiroh Yaakub dari SMK Changlun,'' katanya.

Di Kota Bharu, peratusan calon lulus di Kelantan menunjukkan peningkatan 1.47 peratus atau 94.23 peratus berbanding 95.71 peratus pada tahun 2003.

Jurucakap Jabatan Pelajaran tiga mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan tersebut iaitu SMK Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, SMK Puteri, dan SMK Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.

Menurut jurucakap berkenaan, dua orang calon diumumkan pelajar terbaik dengan mendapat keputusan cemerlang 5A. Kedua-dua mereka adalah dari SMK Machang.

Mereka terdiri daripada Mohd. Noor Hisyam Mat Hussin dan Mohd. Azhar Rusdi.

Di Seremban, 16 calon STPM di negeri itu mencatat PNGK 4.0 dengan salah seorang daripadanya pelajar cemerlang di peringkat kebangsaan.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Rohani Shariff berkata, bekas pelajar Sekolah Menengah St. Paul itu, Chew Ming Wei mencatatkan prinsipal A dalam kesemua lima mata pelajaran yang diambilnya.

Rohani berkata, 1,916 calon daripada 2,216 calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran peringkat prinsipal.

``Daripada jumlah itu, 188 lulus 5P, 811 lulus 4P, 367 lulus 3P, 305 lulus 2P dan 245 lulus 1P.

``Bagi keputusan tahun lalu, peratus calon lulus 5P naik dua peratus dan calon lulus 4P turun 3.9 peratus,'' katanya.

Di Kuching, 4,715 pelajar atau 97.3 peratus daripada 4,846 pelajar SMK di seluruh Sarawak lulus penuh dalam STPM.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Adi Badiozaman Tuah berkata, daripada jumlah itu, 150 calon atau 3.1 peratus mendapat keputusan lulus penuh dalam lima mata pelajaran 5P dan 2,460 atau 50.8 peratus berjaya mendapat 4P.

``Pencapaian individu pula, 26 pelajar berjaya mendapat PNGK 4.0 dan seorang pelajar berjaya mendapat 5A dalam semua mata pelajaran,'' katanya.

Sementara itu katanya, kepada mana-mana calon yang ingin menyemak semula keputusan mereka atau membuat pembetulan boleh melakukannya selewat-lewatnya 24 Mac ini.

``Bayaran semak semula ialah RM50 bagi satu mata pelajaran dan borang boleh didapati di semua pejabat pelajaran gabungan atau dari Bahagian Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Sarawak,'' katanya.

Di Melaka, seramai 1,830 calon STPM di negeri ini mencapai kelulusan penuh dengan 73 orang daripadanya memperoleh 5A.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Salleh Husin bagaimanapun berkata, pada keseluruhannya prestasi keputusan STPM kali ini menunjukkan sedikit penurunan iaitu 1.04 peratus daripada 96.16 peratus pada 2004 berbanding 97.20 peratus tahun 2003.

``Pelajar yang mendapat 5A pada STPM tahun lalu menunjukkan peningkatan berbanding 2003 iaitu 56 orang,'' katanya.

Daripada 73 pelajar yang mendapat 5A, kata beliau, 45 orang dari SMK Tinggi Melaka, 13 orang dari SMK Gajah Berang, tujuh dari SMK Munshi Abdullah, enam dari SMK Yok Bin dan seorang calon, masing-masing dari SMK Seri Kota serta SMK Infant Jesus Convent.

Ujarnya, empat sekolah menengah di negeri ini mencapai prestasi 100 peratus lulus penuh STPM berbanding enam buah sekolah pada 2003.

Ia katanya, terdiri daripada SMK Tinggi Melaka, SMK Yok Bin, SMK Ghafar Baba dan SMK Lubok China.

``Bagi kategori sekolah luar bandar pula, SMK Lubok China dan SMK Ghafar Baba di Masjid Tanah menunjukkan prestasi cemerlang apabila keputusan STPM keseluruhan pelajarnya lulus penuh,'' katanya.

Di Kangar, peratus kelulusan peperiksaan STPM 2004 di Perlis merosot hampir tiga peratus iaitu 91.28 peratus berbanding 94.22 peratus pada tahun 2003.

Bagaimanapun, peratusan calon yang lulus 5P meningkatkan kepada 48 orang iaitu 5.63 peratus berbanding 33 orang atau 4.99 peratus pada tahun sebelumnya.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri, Abdul Wahab Ismail berkata, bilangan calon yang lulus di peringkat prinsipal dengan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran ialah seramai 769 orang pada tahun lalu berbanding 610 orang pada 2003.

Di Kota Kinabalu, 5,720 daripada 6,344 pelajar yang menduduki peperiksaan STPM tahun lalu mendapat kelulusan penuh, menurun sedikit kira-kira satu peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2003, peratusan pelajar yang menduduki STPM dan mendapat kelulusan penuh adalah 91.3 peratus.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Amin Arif berkata, 412 pelajar mendapat keputusan 5P berbanding hanya 323 pelajar pada tahun 2003, lulus 4P (1,855 berbanding 1,352) dan lulus 3P (1,349 berbanding 1,019).

``Daripada jumlah itu, lima calon mencatatkan keputusan cemerlang dengan PNGK 4.0,'' katanya.

Di Johor Bahru, jumlah calon STPM yang lulus turun 0.07 peratus apabila hanya 7,226 atau 93.02 peratus daripada sejumlah 8,076 calon berdaftar lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Jailani Rusni berkata, 12 sekolah kerajaan mencatat kelulusan 100 peratus kelulusan penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Seramai 42 calon sekolah kerajaan mendapat A dalam semua empat mata pelajaran dan empat pelajar mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam semua lima mata pelajaran yang diambil.

Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru mencatat bilangan pelajar memperoleh A dalam semua empat mata pelajaran tertinggi iaitu tujuh orang diikuti SMK Jalan Batu Pahat dan SMK Sultan Abd Jalil di Kluang masing-masing lima orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.