saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/03/2005

Cucu bekas Menteri Kewangan dihukum mati


PUTRAJAYA 26 Mac - Cucu Menteri Kewangan Malaysia yang pertama, Kenneth Lee Fook Mun dihukum gantung sampai mati setelah Mahkamah Rayuan di sini hari ini mensabitkannya dengan kesalahan membunuh seorang akauntan wanita di Jalan Istana Baru, Kuala Lumpur, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mengetuai sidang bersama Hakim Datuk Wira Ghazali Mohd. Yusoff dan Hakim Tengku Datuk Baharudin Shah Tengku Mahmud membuat keputusan sebulat suara ketika membenarkan rayuan pendakwa raya.

Dengan keputusan itu, Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman penjara lapan tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Kenneth atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian akauntan, Lee Good Yew, 53.

Kenneth alias Omar Iskandar Lee Abdullah, 53, cucu lelaki bekas Menteri Kewangan Tun H.S. Lee pada asalnya menghadapi pertuduhan membunuh Good Yew dengan menembak wanita itu di Jalan Istana Baru di Kuala Lumpur pada 7.55 malam, 22 Ogos 2000.

Bagaimanapun di akhir kes pembelaan, Mahkamah Tinggi mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Lee kerana kesalahan membunuh tanpa niat, kesalahan yang membawa hukuman penjara 10 tahun.

Pihak pendakwa raya merayu kerana tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman tersebut yang dibuat oleh Hakim Datuk S. Augustine Paul mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Dalam penghakiman lisannya, Hakim Abdul Kadir berkata, mahkamah itu berpendapat Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul pada akhir kes pendakwaan apabila memutuskan wujudnya kes prima facie dan memerintahkan tertuduh membela diri.

Bagaimanapun katanya, mahkamah itu mendapati hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan pada akhir pembelaan bahawa tidak wujud elemen bunuh dalam kes itu dan meminda pertuduhan kepada menyebabkan kematian.

``Kami bersependapat bahawa tertuduh sepatutnya didapati bersalah kerana membunuh. Oleh itu, kami membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan membatalkan sabitan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

``Kamu disabitkan dengan kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Rayuan balas oleh tertuduh ditolak.

``Kenneth Lee, apa yang kamu mahu katakan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman?,'' katanya.

Menjawab soalan yang diajukan oleh Hakim Abdul Kadir itu, Kenneth yang berdiri tenang di dalam kandang salah, menjawab dia tidak ada apa-apa untuk diperkatakan.

Isteri Kenneth, Noor Salasawati Mohd. Taib - adik kepada bekas penyanyi Noor Kumalasari - yang hadir bersama ahli keluarga suaminya, kelihatan terkejut dan sebak ketika mahkamah mengumumkan keputusan itu. Dia dilihat menyapu air matanya sambil ditenangkan oleh ahli keluarga Kenneth.

Sebelum Kenneth dikawal keluar dari kandang salah, Noor Salasawati mencium kedua-dua belah pipi suaminya dan mengambil kot kelabu yang dipakai oleh Kenneth sepanjang prosiding rayuan dan pada pengumuman keputusan mahkamah hari ini.

Pihak pendakwa raya diwakili oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Karim Abdul Jalil, Ahmad Fairuz Zainal Abidin dan Ian Shang Kuan.

Sementara Kenneth pula diwakili oleh peguam Datuk K. Kumaraendran bersama peguam Rabinder Singh mengemukakan rayuan balas terhadap sabitan dan hukuman lapan tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi itu.

Dalam keputusan Hakim Paul sebelum ini, beliau berkata, dia tidak dapat menerima isu hypoglycaemia yang menjadi pembelaan tertuduh sebaliknya keterangan menunjukkan Kenneth berada dalam keadaan mabuk ketika menembak mangsa.

Kenneth, seorang ahli perniagaan, juga merupakan anak saudara bekas Timbalan Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat, mendiang Datuk Alex Lee.

Peguam Kumaraendran berkata, pihaknya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan itu dan jika perlu, akan mengemukakan rayuan ke Lembaga Pengampunan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.