saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/03/2005

Lagi gempa bumi kuat -- Gegaran pada 8.2 skala Richter turut dirasai di Malaysia


PENGHUNI-PENGHUNI Flat San Peng di Kuala Lumpur yang turut merasai gegaran kesan daripada gempa bumi berpusat di luar pantai barat Sumatera tengah malam tadi, bergegas turun sebagai langkah berjaga-jaga. - Gambar NAZUDEEN MAHMUD.


KUALA LUMPUR 28 Mac - Gempa bumi kuat berukuran 8.2 skala Richter di laut utara Sumatera menggegarkan pulau itu serta Semenanjung Malaysia selain kawasan pantai Sri Lanka, selatan India, Singapura dan pantai Thailand.

Gegaran pada kira-kira pukul 11.09 malam waktu tempatan (12.09 tengah malam waktu Malaysia) boleh mengulangi ancaman tsunami yang melanda beberapa negara Asia 26 Disember lepas dan mengakibatkan 300,000 orang hilang atau maut. Ia akibat gempa berskala 9 Richter berpusat di kawasan yang sama.

Pihak berkuasa negara-negara terlibat termasuk Malaysia memberi amaran kepada penduduk pesisiran pantai yang berpotensi dilanda tsunami supaya mengambil langkah-langkah perlu.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai di sekitar kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.

``Gempa bumi ini berpotensi untuk menghasilkan tsunami yang boleh memusnahkan,'' jelas kenyataan itu.

Orang ramai yang tinggal di bangunan-bangunan tinggi di beberepa negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Melaka serta Johor, bergegas turun apabila kediaman mereka bergegar, sebagai langkah berjaga-jaga.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berukuran 8.2 pada skala Richter. Agensi Meteorologi Jepun pula menyatakan ia berukuran 8.5 pada skala Richter.

Gempa bumi terbaru itu berlaku tiga bulan selepas malapetaka yang sama mencetuskan ombak besar tsunami di 11 buah negara Asia dan Afrika.

Gegaran yang berlaku pada 26 Disember lalu menyebabkan lebih 174,000 orang terbunuh, 106,000 lagi hilang manakala 1.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

USGS di Golden, Colorado berkata, gempa itu berlaku pada pukul 11.09 malam waktu tempatan.

Pusat gegarannya terletak kira-kira 205 kilometer ke barat Sibolga dan 245 kilometer ke barat daya Medan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, berkata gegaran itu berlaku selama tiga minit di satu kawasan perairan di antara bandar Padang dan Medan.

Para pegawai Indonesia berkata, gempa bumi itu telah mencetuskan keadaan panik di kalangan para penduduk di pulau Sumatera dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Sementara itu di Melaka, kira-kira 300 pesakit dan kakitangan Pusat Perubatan Melaka di arah berkumpul di pintu masuk unit kecemasan hospital itu setelah mendapat arahan dari bahagian keselamatan di situ ekoran berlakunya gegaran kuat.

Mereka berkumpul pada pukul 12.15 malam.

Gegaran lebih kurang tiga minit itu turut berlaku di kawasan berdekatan pantai seperti di Limbongan, kelebang, Tengkera, Ujong Pasir dan Melaka Raya. Sebanyak 50 penghuni di Kondominium Pasir Mas di Ujong Pasir terpaksa turun dari rumah masing-masing dan berkumpul di tempat letak kereta dan tepi jalan akibat gegaran kuat tersebut.

Semua mereka dibenarkan masuk ke rumah masing-masing pada pukul 1.50 pagi ini setelah kondominium tersebut disahkan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.