saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 01/04/2005

Pramugara dan pramugari - Kerjaya di awan biru

TERDAPAT beberapa syarikat penerbangan tempatan yang menawarkan pekerjaan ini. Mereka yang berminat di bidang ini juga boleh menyertai syarikat penerbangan negara yang lain.

Sebagai pramugara dan pramugari, mereka berpeluang bertugas di dalam pesawat Fokker 50, Boeing, 737, Airbus, dan 777 yang boleh membawa muatan yang berbeza-beza.

Oleh kerana pekerjaan ini sering berada di awan biru, sudah tentu ia mencabar dan memerlukan individu yang cekal dan berani, pada masa yang sama mudah tersenyum dan mesra kepada penumpang.

Sebagai duta kecil, pramugara dan pramugari perlu mempunyai pengetahuan am tentang negara ini supaya mudah mempromosikan negara ini khususnya di bidang pelancongan kepada masyarakat luar. Misalnya, anak kapal harus tahu di mana tempat-tempat pelancongan menarik sekiranya diajukan soalan oleh penumpang.

Pekerjaan ini sememangnya menawarkan gaji dan imbuhan yang lumayan.

Di samping gaji pokok, pramugara dan pramugari diberi beberapa insentif seperti elaun makan dan elaun penerbangan.

Mereka juga mendapat imbuhan lain termasuk rebet tiket sepanjang tahun dan tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi penerbangan di dunia.

Penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris menjadi satu kemestian memandangkan pramugara dan pramugari terpaksa berurusan dan melayani penumpang daripada pelbagai golongan masyarakat dan bangsa.

Jadi kemahiran berbahasa menjadi salah satu kriteria amat penting bagi jawatan ini.

Malah mereka yang boleh menguasai bahasa asing selain kedua-dua bahasa di atas mempunyai kelebihan.

Mereka yang berminat boleh memohon terus kepada syarikat penerbangan berkenaan atau hadir secara walk-in untuk ditemuduga.

Pihak syarikat akan mengiklankan jawatan ini di dalam akhbar-akhbar utama dari semasa ke semasa.

Sekiranya diterima, bakal pramugara dan pramugari akan mengikuti latihan selama dua setengah bulan serta dibayar elaun.

Semasa latihan, pelatih-pelatih akan mengikuti kursus cara berkomunikasi dengan betul, kursus bahasa, prosedur dalam kapal terbang, cara-cara menyelamat, cara-cara menyediakan hidangan kepada penumpang, tatacara mengurus diri dan beberapa kursus lain yang berkaitan.

Calon yang berjaya diterima bekerja akan diminta menandatangani satu perjanjian untuk tempoh tertentu.

Syarikat Penerbangan Malaysia misalnya, menetapkan perjanjian untuk berkhidmat selama lima tahun.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati profesion ini

(ii) Menguasai bahasa Melayu dan

Inggeris

(iii) Mempunyai pengetahuan am tentang

negara

(iv) Mampu berkomunikasi dengan baik

(v) Memiliki personaliti menarik

(vi) Bersopan santun dan mesra

(vii) Memiliki ketinggian 157 cm (wanita)

dan 165 cm (lelaki)

(viii) Penglihatan yang baik

(ix) Memiliki keberanian dalam

penerbangan

(x) Cergas

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Mereka yang berminat harus berusia di antara 18 hingga 30 tahun, semestinya warganegara Malaysia.

Memiliki kelayakan akademik dengan sekurang-kurangnya lulus pangkat tiga Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SMPV) serta kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Selain itu, calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja atau pemegang diploma atau ijazah dalam sebarang bidang tetapi berminat menceburi bidang ini juga boleh memohon pekerjaan ini.

Terdapat banyak lulusan institusi pengajian tinggi memilih pekerjaan ini sebagai kerjaya mereka.

Bersopan santun dan mesra serta mempunyai perwatakan menarik juga menjadi ciri-ciri penting yang dipertimbangkan untuk menjawat jawatan ini.

Pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan akan diambil kira dan diberi keutamaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.