saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/04/2005

Siti Nurhaliza diundang lagi buat persembahan di Albert Hall


SITI Nurhaliza menampilkan gaya tersendiri semasa memberi persembahan selama dua jam di hadapan 2,500 penonton sempena konsert solonya di dewan berprestij, Royal Albert Hall di London, semalam.



LONDON 2 April - Penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza yang memperlihatkan kecemerlangan beraksi secara solo di Royal Albert Hall di sini malam tadi diundang sekali lagi untuk mengadakan persembahan di dewan berprestij itu.

Undangan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif dewan tersebut, David Elliott sejurus selepas Siti selesai melakar sejarah sebagai artis Malaysia pertama mengadakan persembahan selama dua jam di dewan yang sering menampilkan artis-artis ternama dunia.

Menurut David, pihaknya tidak teragak-agak untuk menawarkan Siti peluang kedua memandangkan penyanyi berusia 26 tahun itu memiliki karisma yang setanding dengan penghibur antarabangsa lain.

``Secara peribadi saya sangat kagum dengan bakat seni yang ada padanya dan saya percaya Siti memiliki peluang dan potensi yang sangat besar untuk diketengahkan ke peringkat global,'' kata David kepada wartawan Malaysia selepas berlangsungnya konsert berkenaan.

Beliau berkata, pada usia semuda itu, persembahan Siti sangat matang dan peluang beraksi di Royal Albert Hall merupakan platform yang paling tepat untuk artis itu memperluaskan pengaruhnya di peringkat global.

Sehubungan itu, David berkata, beliau menyerahkan kepada pengurusan penyanyi popular itu untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk Siti kembali ke dewan yang berusia 134 tahun itu.

Royal Albert Hall katanya, sangat berbesar hati menerima kehadiran penyanyi seperti Siti yang dilabelkannya sebagai permata yang sangat tinggi nilai.

``Saya sangat terkejut kerana sama sekali tidak menyangka Malaysia mempunyai penyanyi yang sebaik Siti,'' kata David lagi.

Sementara itu, ketika diminta reaksinya, Siti berkata, tiada apa yang mampu dikatakannya selain daripada begitu berbesar hati dengan undangan pihak pengurusan Royal Albert Hall yang menawarkannya peluang kedua untuk beraksi di situ.

Seiring dengan keyakinan bangsa lain terhadap bakatnya untuk diperluaskan di peringkat global, Siti juga memberitahu, dia sendiri sudah bersedia menyahut cabaran yang lebih besar.

``Insya-Allah dengan sambutan luar biasa yang Siti terima malam ini memberikan motivasi kepada Siti untuk menyahut cabaran di peringkat global. Siti sangat gembira kerana akhirnya artis Malaysia mendapat pengiktirafan sebegini,'' ujar Siti lagi.

Dalam usaha untuk melangkah ke peringkat global juga, Siti sekali lagi mengulangi pendiriannya akan mengekalkan personalitinya kerana dia percaya itulah formula terbaik untuk menjadi artis yang dihormati.

``Siti mahu menjadi diri Siti sendiri dalam apa juga keadaan sekali pun,'' katanya ringkas.

Konsert solo di Royal Albert Hall ini merupakan sangat signifikan dalam sejarah penglibatan kerjaya seni Siti yang genap 10 tahun yang jatuh pada hari konsertnya berlangsung.

Persembahan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang di dewan terkenal dunia itu ditonton oleh 2,500 penonton termasuk rakyat tempatan.

Turut hadir memberi sokongan ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor serta artis-artis popular negeri seperti Anuar Zain, Juliza Adzlizan, Chef Wan serta Ras Adiba Radzi.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.