saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/04/2005

Pemuda UMNO bantah filemkan aktiviti Chin Peng

KUALA LUMPUR 14 April - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menentang sebarang usaha memfilemkan perjuangan bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang dianggap sebagai jenayah terhadap seluruh rakyat dan kerajaan Malaysia.

Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim berkata, perjuangan PKM juga merupakan jenayah pengkhianatan pada ketika Malaysia mula dibangunkan selepas merdeka.

``Peristiwa pembunuhan, kekejaman dan kezaliman Chin Peng dan anggota PKM terhadap ramai orang di Gerik, Bentong, Gua Musang dan sekitar sempadan Thailand masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, termasuk kaum Cina dan India,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau membantah rancangan pengarah filem bebas, Amir Muhammad yang bercadang membuat sebuah dokumentari berkisar mengenai Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua.

Amir juga mengakui sudah memikirkan tajuk untuk dokumentari itu _ Lelaki Komunis Terakhir.

Azimi menegaskan, sebarang usaha menerbit bahan mengenai Chin Peng dan PKM yang secara langsung atau secara halus adalah jelas bertujuan meluaskan dakyah komunis dan bermatlamat menggulingkan kerajaan demokrasi Malaysia.

``Pejuang tanah air, anggota keselamatan awam dan negara serta ahli keluarga mereka pasti berkecil hati apabila ada usaha untuk mempopularkan bekas pemimpin komunis itu,'' tambah beliau lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.