saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/04/2005

Semangat Zaman satukan enam rockers legenda

Yantzen (Rusty Blade), Joey (Bumiputra Rockers), Nash (Lefthanded), Mus (MAY), Rahim Maarof (White Steel) dan Aris Ariwatan sudah boleh dikategorikan sebagai vokalis rock legenda.

Ini kerana, pembabitan dan pengalaman mereka dalam memperjuangkan muzik rock tempatan sudahpun melebihi 20 tahun.

Namun rockers itu masih memiliki kekuatan vokal dan mempunyai ramai peminat walaupun rata-rata mereka sudah melewati usia 40-an.

Ini telah dibuktikan oleh syarikat rakaman Power Records Sdn. Bhd., (PRSB). Melalui album berjudul Semangat Zaman, PRSB telah menggabungkan keenam-enam penyanyi hebat itu.

Setiap penyanyi diberi peluang menyanyikan enam lagu baru dan enam lagu lama yang pernah mereka popularkan suatu ketika dulu.

Menurut pengurus PRSB, Jean Lau, terbukti album itu berjaya menarik perhatian para peminat enam vokalis kumpulan rock legenda tersebut.

``Semangat Zaman berada di pasaran mulai 11 April lalu. Tetapi tidak sampai seminggu dipasarkan album itu berjaya dijual sebanyak 10,000,'' kata Jean sewaktu pelancaran album itu di Planet Hollywood, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama ketika sidang akhbar itu ialah penerbit Semangat Zaman, komposer LY dan enam vokalis terbabit.

Joey menyifatkan kemunculan album itu sebagai satu penghormatan terhadap karier mereka sebagai penyanyi rock.

``Biasanya album penghargaan atau album yang sebegini diterbitkan selepas seseorang artis itu meninggal dunia.

``Saya bangga kerana album ini menampilkan diri saya selepas lebih 25 tahun menjadi penyanyi,'' ujarnya.

Sementara itu, Aris Ariwatan pula bersyukur kerana album itu menandakan bahawa dia dan rakan-rakannya masih lagi aktif memperjuangkan muzik rock.

``Saya rasa seperti dilahirkan semula. Sebabnya, sebelum ini ada orang kata muzik rock kami sudah lama pupus,'' katanya.

Lagu-lagu yang dimuatkan menerusi album itu ialah Semangat Zaman, Memburu Mimpi, Tiada Lagi Kidungmu, Diammu Jeritan, Korban Cinta, Bukan Tidak Memandang, Tiada Lagi Aku, Kotak Hitam Sejuta Kata, Cintamu Mekar Di Hati, Di Titian Usang, Dari Sinar Mata, Permata Juwita dan Cinta Kristal.

Selain itu, enam rockers terbabit juga menyanyikan secara beramai-ramai sebuah lagu khas berjudul Semangat Zaman.

Selain album Semangat Zaman, enam rockers terbabit juga akan mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada 8 Mei dan 22 Mei ini pukul 10.30 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.