saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/04/2005

Jual album hingga ke Asia Barat - MAWADDAH


MAWADDAH (berdiri belakang dari kiri) Suhaibatul Islamiah Abd. Halim, Ummu Hanie Ahmad, Hanani Mohd. Johan dan Salsabila Abd. Halim bersama lima pemuzik pengiring mereka.



KUMPULAN nasyid Mawaddah? Mungkin ramai yang belum mengenalinya atau kalau disebutkan nama itu pun, mungkin ramai yang tertanya-tanya, kumpulan baru ke?

Memang kumpulan ini agak kurang dikenali. Tetapi dalam diam Mawaddah sebenarnya sudahpun menghasilkan 16 album sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.

Apa yang pasti, setakat ini belum pernah ada artis kita yang menghasilkan album sebanyak itu dalam waktu yang sesingkat itu.

Bukan sekadar kuantiti, tapi setiap album yang dihasilkan berserta dengan kualiti. Kalau tidak, masakan setiap albumnya mencapai hasil penjualan yang membanggakan walau tanpa publisiti dan promosi.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Suhaibatul Islamiah Abd. Halim, 21, menjelaskan, ``Paling sikit album kami dijual 10,000 unit. Tetapi album pertama kami berjudul Sayangi Tuhan paling mendapat sambutan. Album yang diterbitkan pada tahun 2002 itu dijual lebih 30,000 unit.

``Keseluruhan 16 album kami, dijual tidak kurang daripada 160,000 unit, `' katanya.

Selain Sayangi Tuhan, album-album Mawaddah yang turut mendapat sambutan mengalakkan ialah Takutilah Tuhan, Ahbib Robbaka dan Love God.

Mawaddah ada cara tersendiri mencatat jualan tinggi pada album-albumnya.

``Kami jual sendiri album-album itu. Mawaddah ada unit pemasaran sendiri,'' kata Pegawai Perhubungan Awam Mawaddah Production, Nik Norfairuz Nik Nordin.

Selain pasaran tempatan, album-album empat gadis ini turut dipasarkan di Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Perancis dan negara-negara Asia Barat.

``Selain album Melayu, Mawaddah juga menghasilkan empat album nasyid dalam bahasa Inggeris, Thai, Arab dan Perancis,'' kata Fairuz.

Mawaddah dianggotai oleh Ummu Hanie Ahmad, 20, Salsabila Abd. Halim, 19, Hanani Mohd. Johan, 18 dan Suhaibatul.

Tidak setakat merakamkan album, tetapi Mawaddah juga aktif mengadakan persembahan termasuk di luar negara.

Kumpulan ini pernah dijemput mengadakan persembahan di Perancis, Brunei, Jordan, Thailand, Australia dan Indonesia.

``Paling membanggakan apabila Mawaddah diundang mengadakan persembahan di Perancis pada 9 hingga 12 April tahun lepas.

``Persembahan itu diadakan sempena ekspo tahunan musim panas untuk masyarakat Islam seluruh Eropah,'' kata Suhaibatul.

Konsep muzik yang dibawakan oleh Mawaddah juga amat unik kerana mereka memperluaskan skop irama nasyid dengan menyelitkan pelbagai elemen seperti pop, R&B dan kontemporari.

Kumpulan ini juga menggunakan lima pemuzik latar yang memainkan pelbagai alat gendang seperti konga, rabbuka, djembe dan dram dan kesemua pemuziknya adalah wanita.

Semua album Mawaddah itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Mawaddah Productions yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.

Selain negara ini, Mawaddah Productions mempunyai cawangan di Australia, Perancis, Jordan, Jerman, Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.