saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/04/2005

Pemuda UMNO minta kerajaan jangan layan Dong Jiao Zong

KUALA LUMPUR 27 April - Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan jangan mempedulikan pandangan Dong Jiao Zong berhubung pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan (SK) kerana persatuan itu memang tidak pernah senang melihat usaha memperkasakan SK.

Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga tidak perlu khuatir atau takut dengan pandangan itu sebaliknya keputusan yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin perlu segera dilaksanakan demi kebaikan negara.

``Lagipun buat apa kita hendak ambil kisah pandangan persatuan itu kerana ia hanyalah suatu pandangan longgar yang sudah tentu akan memihak kepada kepentingan persatuan itu semata-mata.

``Berdasarkan kenyataan tersebut, ternyata sekali mereka begitu cepat melatah sedangkan perkara ini masih di peringkat awal,'' katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai pandangan Presiden Dong Jiao Zong, Quek Suan Hiang yang percaya langkah mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di SK tetap tidak akan mampu menarik lebih ramai kaum bukan Melayu ke SK seperti yang diharapkan kerajaan.

Ini kerana kata Suan Hiang, pendedahan yang terdapat di SK adalah tidak sama dengan yang diterima sepanjang seseorang pelajar berada selama enam tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam membentuk jati diri pelajar.

Malah, persatuan itu juga turut berharap agar langkah terbaru kerajaan ini tidak akan menjurus kepada penafian rakyat untuk memilih sekolah di masa depan.

Dong Jiao Zong, singkatan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Pertubuhan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) sebelum ini cukup terkenal kerana penentangan mereka terhadap dasar kerajaan seperti pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Kelmarin, semasa mengadakan lawatan ke Kementerian Pelajaran di Putrajaya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan langkah untuk mengajar bahasa Tamil dan Mandarin di SK sebagai usaha memperkasakan lagi SK.

Khairy juga menyatakan rasa kesal dengan persatuan itu kerana tidak menunjukkan sikap yang konstruktif terhadap hasrat kerajaan memperkasakan SK.

``Sepatutnya sebelum sesuatu rancangan itu bermula kita tidak seharusnya membuat sebarang rumusan awal seperti yang mereka lakukan.

``Pada Pemuda UMNO, kita lebih suka jika Dong Jiao Zong dan mana-mana persatuan pendidikan, tidak kira sama ada mewakili Cina, India atau apa kaum sekalipun tampil memberi cadangan kepada kerajaan bagi menjayakan perkara ini.

``Tujuan kita hanyalah satu iaitu membentuk masyarakat berbilang bangsa di negara ini supaya mereka beridentitikan Malaysia melalui pendedahan seawal sekolah rendah lagi melalui SK sebagai sekolah untuk semua kaum,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Ahmad Ikmal Ismail mengingatkan Dong Jiao Zong supaya jangan berusaha untuk menidakkan usaha murni kerajaan.

``Mereka juga tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sedangkan apa yang dilakukan kerajaan jelas untuk masa depan negara dan anak-anak kita,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.