saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 01/05/2005

Pitam di kalangan pesakit Parkinson

Dr. Chew Nee Kong
Pakar Perunding Neurologi dan

PensyarahJabatan Perubatan
Pusat Perubatan Universiti Malaya,

merangkap Penasihat Perubatan
Persatuan Parkinson Malaysia
MASALAH pitam merujuk kepada satu tempoh singkat di mana seseorang itu tidak sedarkan diri. Ia biasanya bermula dengan tiba-tiba, dalam masa beberapa saat dan begitu pantas sehingga pesakit jatuh ke atas lantai sebelum mereka dapat bertindak balas.

Tempoh serangan ini selalunya sangat pendek, iaitu dari beberapa saat ke beberapa minit. Sejurus selepas pesakit pitam, dia akan sedar semula.

Ia boleh berlaku hanya sekali sahaja atau beberapa kali dan ini bergantung kepada sama ada pesakit dibawa dengan serta-merta ke hospital untuk rawatan.

Masalah pitam tetap menjadi satu perkara yang serius walaupun ia berlaku sekali sahaja. Pesakit mesti dibawa ke hospital dengan segera.

Ini kerana, ia mungkin disebabkan oleh penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung dan otak.

Tambahan pula, pesakit mungkin mengalami kecederaan badan semasa pitam. Kecederaan yang paling berbahaya dan boleh meragut nyawa adalah pendarahan otak.

Masalah pitam tidak terhad kepada pesakit Parkinson sahaja. Ia boleh berlaku ke atas mana-mana pesakit, malahan orang yang sihat.

Bagaimanapun, pesakit Parkinson harus diberikan perhatian penting kerana lebih berisiko tinggi untuk pitam berbanding orang lain.

Kebanyakan pesakit Parkinson merupakan orang tua yang biasanya turut mempunyai penyakit jantung dan otak. Di dalam artikel ini, saya akan membincangkan sebab-sebab mengapa berlakunya masalah pitam.

Ini adalah sebab yang paling serius kerana penyakit jantung boleh mengakibatkan kematian serta-merta.

Penyakit jantung yang biasanya menyebabkan serangan pitam adalah aritmia jantung - satu keadaan di mana denyutan jantung tidak normal.

Pesakit yang mengalami aritmia jantung mengalami pitam disebabkan oleh denyutan jantung yang tidak normal, mengakibatkan kelemahan jantung.

Ini seterusnya mengurangkan bekalan darah dan oksigen ke otak. Aktiviti otak terganggu dan pesakit tidak sedarkan diri.

Sejurus selepas pitam, pesakit biasanya sedar semula di dalam masa kurang daripada satu minit. Aritmia jantung berlaku akibat dua jenis penyakit jantung iaitu:

1. Sindrom sakit sinus yang biasanya berlaku kepada orang tua. Di dalam penyakit ini, terdapat gangguan pada litar elektrikal jantung, menyebabkan denyutan jantung menjadi kelam-kabut.

Rawatan untuk penyakit ini adalah penjana nadi melibatkan satu proses di mana satu bateri menghantar rangsangan elektrik ke jantung untuk mengawal denyutan jantung.

2. Serangan jantung yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah jantung.

Serangan jantung juga lebih kerap berlaku terhadap orang tua. Oleh kerana orang tua mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi, justeru, pesakit Parkinson yang mengalami masalah pitam mestilah mendapatkan rawatan yang serta-merta.

Penyakit sawan adalah penyakit otak yang paling kerap menyebabkan masalah pitam.

Ketika pesakit mengalami sawan, ia mengalami kekejangan tangan dan kaki yang tidak dapat dikawal. Pada masa yang sama, pesakit tidak sedarkan diri. Serangan ini bermula bagaikan kilat.

Kadangkala ciri-ciri sawan yang lain seperti air liur meleleh, kencing dan warna bibir menjadi biru, dapat dilihat.

Setiap serangan biasanya berlaku selama beberapa minit. Sejurus selepas serangan ini, pesakit berasa sakit kepala dan mengantuk. Ada pesakit yang menjadi bingung selama satu jam.

Penyakit sawan boleh berlaku tanpa apa-apa sebab (epilepsi). Kadangkala, penyakit sawan disebabkan oleh penyakit lain seperti angin ahmar, barah otak, jangkitan otak dan sebagainya.

Pesakit yang mengalami sawan mesti dirawat serta-merta di hospital oleh pakar perubatan. Ubat sawan harus diambil untuk mengelakkan sawan daripada berulang kembali.

Keadaan ini menyebabkan kekurangan bekalan darah dan oksigen ke otak. Akibatnya, pesakit pitam.

Serangan ini biasanya berlaku semasa pesakit bangun dari tempat duduk atau semasa berjalan. Tempoh serangan ini adalah kurang daripada satu minit. Sejurus selepas pitam, pesakit akan sedar semula.

Ada beberapa sebab mengapa pesakit mengalami tekanan darah rendah. Sebab utama dan paling kerap berlaku berpunca daripada ubat Parkinson itu sendiri (Madopar, Sinemet, Jumex, bromocriptine, Trivastal dan lain-lain).

Kadangkala, tekanan darah rendah berlaku disebabkan oleh penyakit Parkinson. Sebab-sebab yang lain adalah dehidrasi (kekurangan air dalam badan akibat muntah-muntah, cirit-birit dan pendarahan dalam perut) dan lemah jantung.

Cara rawatan untuk tekanan darah rendah bergantung kepada sebab ia berlaku. Sekiranya disebabkan oleh ubat Parkinson, dos ubat harus dikurangkan.

Biasanya, dos ubat yang lain dikurangkan terlebih dahulu sebelum dos Madopar atau Sinemet kerana kedua-dua ubat ini adalah yang paling berkesan dalam penyakit Parkinson.

Pesakit juga dinasihatkan untuk duduk di atas kerusi atau katil untuk beberapa minit sebelum berdiri. Andainya langkah-langkah ini gagal (dan pemeriksaan rapi menunjukkan bahawa tiada masalah lain seperti lemah jantung), ubat fludrocortisone boleh digunakan.

Ubat ini dapat meninggikan tekanan darah pesakit.

Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia).

Hipoglisemia merujuk kepada satu keadaan di mana paras gula dalam darah kurang daripada 2.5 mmol/l. Ia biasanya berlaku kepada pesakit kencing manis yang terlupa makan nasi atau diberikan dos ubat kencing manis yang berlebihan.

Pada kes-kes yang lebih ringan, pesakit tidak pitam tetapi berasa pening kepala, lapar, berpeluh dan lemah badan. Hipoglisemia adalah sangat berbahaya kerana ia boleh meragut nyawa dengan pantas.

Jika boleh, paras gula dalam darah harus diperiksa dengan segera. Pesakit mesti dirawat dengan memberikan minuman manis (tiga hingga empat sudu besar gula di dalam satu cawan air, Coca-Cola, Pepsi dan sebagainya).

Sekiranya pesakit dapat dibawa ke hospital dengan serta-merta, doktor akan memberikan gula melalui saluran darah.

Ini adalah sesuatu yang jarang berlaku. Semasa serangan ini, pesakit tidur lelap secara tiba-tiba dan tanpa disedari.

Ia berlaku pada keadaan tertentu di mana seseorang itu biasanya tidak patut tertidur seperti memandu kereta, membuat kerja di hadapan komputer, makan nasi dan sebagainya.

Serangan tidur adalah kesan sampingan ubat Ropinirole (Requip), salah satu daripada ubat Parkinson. Justeru, pesakit yang dirawat dengan ubat ini dinasihatkan berwaspada.

Kadangkala, pesakit boleh pitam semasa mengalami masalah emosi. Ini boleh berlaku ketika pesakit berasa amat sedih atau marah.

Harus diingatkan bahawa pesakit yang pitam akibat masalah emosi juga perlu menjalani pemeriksaan lengkap ke atas jantung seperti pesakit lain yang pitam.

Sebagai kesimpulannya, masalah pitam adalah sesuatu yang serius. Ia mungkin menjadi petanda bahawa pesakit mempunyai satu penyakit yang berbahaya.

Pesakit harus menjalani pemeriksaan lengkap oleh pakar perubatan di hospital.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.