saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/05/2005

Persembahan AIM 12 - Didominasi wajah baru


DARI kiri: Jac, Zahid, Farah dan Dina bergabung tenaga pada persembahan AIM 12 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Hampir keseluruhan persembahan Anugerah Industri Muzik Ke-12 (AIM 12) didominasi oleh wajah-wajah baru. Dimulakan dengan dendangan lagu Asmaradana oleh Tiara Jacquelina, persembahan seterusnya menampilkan penyanyi-penyanyi pelapis.

Kalau Tiara memukau penonton dengan aksi terbang tinggi waktu per-sembahan, gabungan Jac, Dina, Farah dan Zahid dengan iringan orkestra pimpinan Ramli M.S. membuktikan mereka memang berkemampuan menyanyi live.

Persembahan calon-calon bagi kategori Artis Baru Terbaik seperti D-Va, Farahdhiya, The Times, Vince dan Waheeda dianggap sebagai kuasa muzik baru yang bakal meningkatkan kembali kegemilangan industri muzik tempatan.

Namun kehadiran kumpulan 60-an, Orkestra Nirwana pimpinan Datuk A. Rahman Hassan, tidak pula ada kurangnya. Mereka ini berjaya mengembalikan nostalgia kepada penonton.

Namun pada waktu yang sama ada juga terkilan dengan persembahan Siti Nurhaliza yang memilih lagu `kurang mesra' pada pendengaran penonton.

Biarpun begitu Siti berjaya menawan pemandangan penonton menerusi gerak tarinya yang lincah.

SENARAI PENUH PEMENANG AIM 12

* Artis Baru Terbaik - Vince

* Artis Harapan - Farah

* Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) -

Zainal Abidin (Puteri)

* Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) -

Siti Nurhaliza (Prasasti Seni)

* Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album -

Raihan (Allahu)

* Album Pop Etnik Terbaik - Sawo' Matang (Noraniza Idris)

* Album Nasyid Terbaik - Allahu (Raihan)

* Album Pop Rock Terbaik - Nazraku (Spider)

* Album Hard Rock Terbaik - Otai Jamm! (May)

* Album Pop Terbaik - Erti Pertemuan (Ning Baizura)

* Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik - Disagree

* Album Inggeris Tempatan Terbaik - Brand New World

(Juwito Suwito)

* Album Indonesia Terbaik - 30 Hari Mencari Cinta (Sheila On 7)

* Kulit Album Terbaik - Erti Pertemuan-Ning Baizura (Nizam Rahmat)

* Rakaman Album Terbaik - Mac Chew (Puteri - Zainal Abidin)

* Video Muzik Terbaik - Virginia Kennedy (Awan Yang Terpilu -

Ning Baizura)

* Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Aubrey Suwito

(Seindah Biasa - Siti Nurhaliza)

* Lagu Terbaik - Erti Pertemuan (Ning Baizura - Aidit Alfian/Loloq)

* Anugerah Sri Wirama - Frankie Cheah

* Anugerah Kembara - Siti Nurhaliza

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.