saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/05/2005

Inul Daratista tetap hebat tanpa goyang gerudi

APA yang membuatkan gadis kampung bernama Inul Daratista suatu fenomena dalam dunia muzik dangdut sebenarnya bukan sekadar goyangan erotiknya yang digelar goyang gerudi atau ngebor.

Tetapi muzik yang dibawanya juga punya kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Ia tidak sekadar irama dangdut tipikal tetapi gandingan dangdut dan muzik pilihannya, rock, pop malah klasik Melayu.

Malah lagu-lagu Inggeris popular menjadi taruhannya untuk dipersembahkan dalam muzik dangdut yang menjadi genre pilihan penyanyi yang berasal dari Kajapanan, Pasaruan, Jawa Timur itu.

Sememangnya muzik dangdut Inul agresif dan sedikit `keras' sesuai dengan gerak tarinya yang memerlukan stamina yang bukan sedikit dan calang-calang.

Lalu apabila dia mempersembahkan lagu-lagu dangdut berinspirasikan elemen-eleman pilihannya, Inul nyata berjaya me mukau peminatnya yang hadir pada Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista di Stadium Merdeka, malam Ahad lalu.

Kira-kira 14 buah lagu didendangkan Inul iaitu seleksi lagu-lagu popular daripada albumnya serta lagu-lagu yang dipopularkan oleh artis lain.

Diiringi bandnya, Audensi Band, Inul mengadakan persembahan dalam tiga sesi dengan menggayakan tiga kostum ketat dengan warna garang biru firus, merah jambu dan coklat.

Membuka tirai persembahan, Inul menghiburkan penonton dengan lagu popularnya Kocok-Kocok sebelum memukau penonton dengan lagu Inggeris, What's Up yang pernah dipopularkan oleh kumpulan 4 None Blonde serta lagu popular Peterpan, Ada Apa Denganmu.

Sesi kedua persembahannya, seleksi lagu-lagu terdiri daripada lagu klasik Melayu menjadi taruhan.

Yang pasti Inul memukau penonton dengan vokal mantap kala mendendangkan lagu Siti Nurhaliza, Nirmala serta lagu-lagu Zapin Melayu, Laila Canggung serta Bang Thoyib.

Laungan `anda mahu lagi' dan `belum puas' Inul terus menghiburkan kira-kira 5,000 peminatnya yang memenuhi ruang stadium.

Sesi terakhir, Inul muncul dengan tiga lagu Inggeris Objection yang dipopularkan Shakira, Whenever, Whereever (Anastascia) dan Let's Get Loud (Jennifer Lopez).

Dia turut mendendangkan lagu popularnya Goyang Inul, Joget Sama-Sama sebelum menutup tirai persembahan dengan lagu Kuda Romping.

Bukan itu sahaja, Inul sempat berduet dengan penyanyi Indonesia, Andy Ahmad mendendangkan lagu Semalam di Malaysia yang dianggapnya sebagai lagu persahabatan antara negaranya, Indonesia dengan Malaysia.

Turut dijemput mengadakan persembahan ialah Salih Yaacob yang menyampaikan beberapa lagunya seperti Cinta Sabun Mandi, Cinta Sekarang, Kopi Dangdut dan Gali Lubang Tutup Lubang.

Apa yang pasti, persembahan selama dua jam Ratu Ngebor itu pada konsert sulungnya di negara ini lebih bersopan sebagai memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Sekalipun bergelek, penyanyi berusia 26 tahun itu menghadkan pergerakannya termasuk tidak bergoyang gerudi dengan membelakangi penonton seperti yang ditetapkan.

Mungkin sahaja ada kalangan penonton yang sedikit kecewa menyaksikan goyangan sopan Inul namun penyanyi itu tetap mengotakan janjinya dengan menyajikan `goyang ngebornya' dengan gaya amat sederhana.

Yang pasti, tanpa goyangan seerotik lazimnya, Inul tetap berjaya menghiburkan peminat dengan vokal yang mantap dan stamina yang memberansangkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.