saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/05/2005

Bat Latiff meninggal dunia

KUALA LUMPUR 3 Mei - Bat Latiff yang terkenal melalui watak kanak-kanak pintar `Belalang' dalam filem Nujum Pak Belalang, meninggal dunia di kediamannya di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang di sini dipercayai akibat sesak nafas.

Allahyarham Bat Latiff atau nama sebenarnya M.H Ali Latiff menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 53 tahun. Allahyarham sebelum ini menghidap penyakit asma yang agak serius.

Menurut sepupunya yang juga pelakon terkenal tanah air, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, Allahyarham yang belum berkahwin dan tinggal seorang diri dipercayai meninggal dunia sekitar pukul 3 petang.

``Kematiannya itu disedari oleh seorang rakan Allahyarham apabila mengesyaki sesuatu yang tidak elok apabila beliau tidak menjawab panggilan telefon.

``Rakannya itu kemudian bergegas ke rumah Allahyarham dan mendapati Arwah terbaring di hadapan televisyen,'' katanya.

Dalam filem Nujum Pak Belalang arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Bat Latiff mencatat sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Asia Pasifik.

Filem terakhir Allahyarham ialah Seribu Di Garisan arahan M. Amin pada tahun 1970. Ibunya, Mariam Baharom juga merupakan seorang pelakon di era 60-an.

Bagaimanapun selepas itu, Allahyarham yang berasal dari Singapura lebih menumpukan kepada kerjaya sebagai pereka tari sepenuh masa dan menubuhkan kumpulan penarinya sendiri.

Jenazahnya kini ditempatkan di rumah Fauziah di No. 398, Jalan B6, Taman Melawati dekat Masjid AL Hidayah.

Jenazahnya dijangka dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, dekat sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.