saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 04/05/2005

Perancangan kewangan jadi asas kemajuan petani

Bidang pertanian masih gagal menggamit kebanjiran khususnya para graduan kerana persepsi negatif yang kuat tertanam dalam jiwa masing-masing terutamanya kemiskinan dan kerjaya yang tidak menjamin kehidupan yang membanggakan.

Pelbagai usaha kerajaan menerusi beberapa institusinya sanggup menyediakan bermacam-macam kursus atau pengajian jangka pendek/panjang dalam bidang pertanian dan insentif kewangan juga disediakan bagi menggalakkan minat serta memujuk khususnya para graduan supaya memilih bidang pertanian sebagai karier mereka.

Bagaimanapun, menurut kata Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masalahnya, graduan-graduan menyertai bidang pertanian dan meletakkan sektor ini sebagai pilihan terakhir. Tambahnya lagi, perkara yang sama juga berlaku di universiti misalnya di Universiti Putra Malaysia (UPM), jurusan pertanian merupakan pilihan terakhir. Akibatnya tidak ada ramai pakar dalam bidang tersebut.

Persoalannya apakah ini satu fenomena semasa? Jawapannya, tidak. Budaya kita pada amnya menganggap menjadi petani adalah satu kerjaya yang tidak menguntungkan dan kebanyakan yang menyertainya adalah golongan yang termiskin. Inilah hakikatnya.

Golongan petani tradisional pada amnya diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sehubungan dengan itu, bagaimanakah persepsi ini boleh diubah?

Umum mengetahui sama ada menerusi televisyen ataupun membaca buku-buku sejarah mengenai kejayaan pembukaan Amerika Syarikat (AS) oleh pendatang-pendatang asing khususnya dari Eropah pada abad ke-18.

Kebanyakan mereka pada amnya terdiri daripada golongan miskin yang datang ke Amerika Syarikat (AS) mencari kehidupan yang lebih baik. Berbekalkan tulang empat kerat dan keberanian serta semangat yang tinggi, merekalah sebenarnya yang telah meneroka tanah Amerika yang luas dan menjadi antara faktor yang telah menjadikan AS kepada keadaannya sekarang.

Siapakah sebenarnya mereka ini? Jawapannya, mereka adalah golongan petani. Contoh yang kebanyakan kita mungkin kenal pada hari ini adalah Jimmy Carter, bekas Presiden AS.

Dengan perkataan lain, seorang petani juga boleh menjadi seorang Presiden. Ladang-ladang di sana mahupun di kebanyakan negara maju, kebiasaannya adalah bersaiz luas. Mereka menjadikan skala ekonomi bagi menjustifikasikan kejayaan sebagai petani.

Secara amnya jika kita bicara tentang petani di AS, kita akan dimaklumkan bahawa mereka adalah golongan yang berada dan mempunyai ladang-ladang yang besar. Jauh berbeza daripada keterampilan seorang petani di Malaysia yang rata-rata dikenali sebagai golongan yang daif dan kerjaya yang ingin dijauhi.

Kenapakah mereka boleh berjaya? Bolehkah kita juga berjaya?

Kejayaan pada dasarnya diukur dari segi kewangan. Secara khususnya ia menjurumus kepada ekonomi. Selain daripada itu kejayaan juga bermakna dapat dirasa sehingga ke anak cucu.

Faktor-faktor ini boleh dilihat pada kebanyakan petani di AS yang berjaya sehingga ke anak cucu.

Apakah rahsia mereka? Jawapannya adalah perancangan kewangan. Mereka adalah pengasas kepada ilmu tersebut.

Apakah itu perancangan kewangan? Secara sistematiknya perancangan kewangan dilaksana dalam tahun 1950-an. Ilmu ini hanya dibawa ke Malaysia akhir-akhir ini.

Perancangan kewangan adalah suatu ilmu yang bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian selain mempersiapkan diri dalam menempuhi zaman persaraan dan selepas kematian.

Perancangan kewangan sebenarnya satu bentuk kewangan korporat peribadi yang mana ia meliputi segala bentuk kewangan yang melibatkan individu.

Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi perniagaan, perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta.

Sungguhpun mungkin ramai mengetahui dan berilmu dengan cara-cara mendapat pulangan yang terbaik menerusi pelaburan masing-masing, tetapi adakah ia meliputi segala bentuk produk-produk yang terdapat di pasaran?

Dan kebanyakan pencari wang ini pula kurang bijak dalam perancangan kewangan mereka. Ini adalah hakikat. Sembilan daripada sepuluh yang bergelar jutawan pasti akan mengakuinya jika ditanya betul-betul.

Tambahan lagi usahawan-usahawan tempatan khususnya para petani tidak diajar mahupun ditunjukkan dengan terperinci cara-cara dan penggunaan produk-produk kewangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.