saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/05/2005

Pemergian Bat Latif mengejutkan kawan-kawan!

SELASA, 3 Mei seluruh warga seni tanah air terkejut mendapat berita pemergian seorang lagi seniman kita iaitu Allahyarham Bat Latif! Huzz yang menerima panggilan mengenai pemergian beliau petang Selasa itu pada mulanya tak berapa nak mempercayainya.

Maklumlah, kali terakhir Huzz menemui Allahyarham di Malam Anugerah Tinta Seniman, di Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur akhir April lalu Allahyarham nampak sihat dan ceria.

Untuk mengesahkan berita yang Allahyarham sudah tidak ada lagi Huzz terus menghubungi Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) di rumahnya. Dalam nada sedih dan teresak-esak menangis, Ogy mengesahkan berita itu. Jenazah Allahyarham dari rumahnya dibawa ke rumah keluarga Ogy di Taman Melawati, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang, Selangor.

Pada malam jenazah dibawa ke rumah keluarga Ogy di Taman Melawati, Huzz melihat begitu ramai artis yang datang. Dari mereka yang bergelar produser, pengarah, pelakon, penari bahkan rakan wartawan setiap akhbar dan majalah semua sampai. Ada yang bersedih, menangis dan ada yang mengakui sangat terkejut dengan berita ini! Malah ada mengakui baru bertemu dengan Allahyarham sehari sebelum beliau pergi buat selama-lamanya.

Huzz lihat wajah jenazah Allahyarham tenang di tengah ruang tamu.

Masih teringat dua bulan lalu di majlis tahlil Allahyarham Saadiah di rumah itu Huzz menemu ramah Allahyarham mengenai pemergian orang yang paling disayanginya iaitu Allahyarham Saadiah. Tak disangka-sangka dalam masa terdekat Allahyarhamah pula meninggal dunia. Belum cukup 100 hari Allahyarhamah Saadiah pergi warga karyawan hiburan dikejutkan dengan kepulangan Allahyarham Bat Latif ke rahmatullah.

Seluruh ahli keluarga Allahyarham di Singapura (ibundanya seniwati Mariam Baharom kakak kepada Allahyarhamah Datin Saadiah Baharum), adiknya penyanyi Rahimah Rahim dimaklumkan mengenai berita mengejutkan ini pada hari itu.

Allahyarham didakwa meninggal dunia ketika dalam tidur di rumahnya. Doktor mengesahkan Allahyarham menghidapi beberapa jenis penyakit antaranya lelah, darah tinggi dan kencing manis. Allahyarham ditemui meninggal dunia oleh kawannya pada petang Selasa lalu selepas berusaha masuk ke rumah Allahyarham.

Menurut kawannya itu, sehari sebelum itu, Allahyarham ada memaklumkan yang dia hendak pergi bercuti ke luar negara. Katanya dia nak pergi lama. Tapi apa yang terjadi Allahyarham sudah menghembuskan nafas terakhir Selasa lalu.

Mengenali Allahyarham, Huzz tak menafikan beliau seorang yang terkenal dengan sikap sangat menghormati orang lain. Kaya senyuman. Berbakat besar dalam dunia seni. Mula berlakon dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup (arahan Pak Jamil Sulong) dan terkenal dengan filem Nujum Pak Belalang (memegang watak Belalang) arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Allahyarham sangat manja dengan ibu Ogy, seniwati Saadiah yang dipanggilnya Mak Yah. Ketika pengebumian Allahyarhamah Saadiah, beliau sangat berduka sampai pengsan-pengsan ketika majlis pengebumian itu. Kata Ogy, ``Kami patut berbincang mengenai projek rancangan baru untuk televisyen pada petang Rabu, 4 Mei. Nak buat macam mana sudah takdir. Hak Allah sampai masa sudah dijemput, tak siapa mampu menghalang. Saya akan teruskan projek rancangan televisyen yang pernah saya dan arwah nak lakukan.''

Majlis tahlil diadakan tiga hari untuk Allahyarham selepas pengebumian, Ogy juga berterima kasih kepada semua yang hadir dan menjemput juga warga artis hadir ke majlis tahlil yang akan diadakan 5 Jun depan sempena genap 100 hari ibunya meninggal dunia.

Kepada semua pembaca, marilah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan semua umat Islam yang telah pergi meninggalkan dunia ini. Semoga mereka dicucuri rahmat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

HUZZ: Takziah juga kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Sharifah Rohani (kakitangan penyambut tetamu Wisma Radio) yang meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur petang Selasa lalu kerana sakit barah usus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.