saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/05/2005

Murid mahu hadiah guru kerongsang maut nahas

KLANG 16 Mei - Keriangan seorang murid untuk menghadiahkan kerongsang kepada ustazahnya sempena Hari Guru hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia mati digilis treler di Lebuh Raya Shapadu, Kampung Rantau Panjang, tengah hari ini.

Kemalangan menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari ketika Nur Salina Saparedi, 7, hendak melintas jalan bersama kerongsang yang disimpan dalam kocek baju dan dibeli khas buat Ustazah Hanizah.

Lebih memilukan lagi apabila kejadian itu berlaku di depan mata ibunya sendiri, Arliza Mohd. Sani, 37, yang mahu menghantarnya hingga ke seberang jalan tetapi mangsa sendiri beria-ia melintas jalan bersama rakan-rakan lain.

Tiba-tiba sebuah treler yang dipandu laju terus meluru ke arah murid-murid dari Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang itu.

Melihat keadaan yang mencemaskan itu, kira-kira 10 murid sedang melintas jalan terus berlari menyelamatkan diri.

``Bagaimanapun Nur Salina tidak sempat berbuat demikian. Mangsa terus dirempuh oleh treler dan terperosok di bawah kenderaan itu. Ketika itu saya lihat mangsa masih hidup dan cuba untuk berlari semula menyelamatkan diri.

``Sebaik sahaja merangkak untuk berlari, tayar belakang treler itu pula menggilis mangsa,'' kata pengawal lalu lintas sekolah berkenaan, Ahmad Abdul Rashid @ Ahmad, 58, kepada pemberita hari ini.

Ketika kejadian, katanya, kenderaan dari Pelabuhan Klang telah berhenti bagi memberi laluan kepada kumpulan murid berkenaan.

Bagaimanapun sebuah treler dari arah bertentangan terus meluru laju dan menggilis mangsa.

Sementara itu, Arliza berkata, kerongsang tudung berkenaan dibeli bersama anak sulungnya itu Sabtu lepas setelah didesak berkali-kali oleh mangsa.

``Nur Salina membeli dua kerongsang tudung sebab mahu hadiahkan kepada dua gurunya iaitu satu untuk Ustazah Hanizah manakala satu lagi untuk gurunya di sekolah kebangsaan,'' katanya.

Dalam pada itu, kemalangan tersebut telah mengundang kemarahan penduduk tempatan hingga menyebabkan treler membawa muatan cerucuk konkrit itu dibakar sekumpulan lelaki.

Pemandu treler berkenaan yang mempunyai status penduduk tetap dan berusia 35 tahun pula teruk dibelasah orang ramai.

Dia mengalami cedera ringan.

Pemangku Ketua Trafik Daerah Klang, Cif Inspektor Ruslan Ramli berkata, pemandu treler berkenaan sempat diselamatkan setelah polis tiba di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

``Polis bagaimanapun kecewa dengan tindakan orang ramai yang membakar treler berkenaan kerana ia merupakan bahan bukti utama kes tersebut,'' katanya.

Jenazah Nur Salina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang kira-kira pukul 7 malam ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.