saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 19/05/2005

Festival Muzik Kuala Lumpur - Merakyatkan seni dan budaya

FESTIVAL Muzik Kuala Lumpur (FMKL) yang berakhir baru-baru ini telah berjaya merakyatkan seni dan budaya apabila berjaya menggabungkan peralatan muzik dan persembahan pelbagai kaum dalam satu festival.

Ia sejajar dengan visi dan misi penganjurnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang memberikan tema festival itu, Muzik Merentasi Sempadan.

Festival pertama kali anjuran kementerian itu, bukan sekadar berjaya mengetengahkan kekayaan warisan seni dan budaya di negara ini. Malah festival lima hari itu telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pengembangan kesenian bertaraf antarabangsa apabila ia turut mengundang pemuzik luar negara menyaksikan persembahan yang ditampilkan oleh pemuzik tempatan.

Sekali gus ini telah mempertemukan para seniman, karyawan dan pencinta seni muzik tempatan dengan luar negara.

Persembahan pemuzik dalam suasana meriah dan berwarna warni pada festival itu juga jelas telah menjadikan muzik sebagai medium untuk berinteraksi dengan semua kaum.

Persembahan Kumpulan Ghazal Taman Seni Budaya Negeri Johor, Kumpulan Gema Gangsa serta Orkestra Cina telah ditampilkan kepada khalayak.

Salah satu yang menarik pada festival ialah permainan gendang dalam tarian Singa telah diberikan nafas baru dengan daya kreatif yang tinggi menyebabkan penonton terpegun dengan pukulan pemain-pemain gendang itu.

Begitu juga dengan pemain gambus, Farid Ali turut mendapat tepukan penonton kerana berjaya menggabungkan irama hasil bunyian peralatan muzik moden dan tradisional dengan begitu mantap.

Persembahan

Kumpulan pemuzik Prana turut menghiburkan penonton dengan alat muzik tradisional seperti sitar, tabla, gitar dan gitar nylon akustik.

Kumpulan Tuku Kame dan himpunan muzik dari Sarawak pula berjaya mengubat rindu peminat dengan mendendangkan beberapa buah lagu.

Penampilan Kumpulan Kalaminda, Anika Entertainment, Sarasa, Ying Yang Art Centre, Rasiga Arts dan AJ Duo.

Persembahan bergerak itu selain di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) ia turut diadakan di Sungei Wang Plaza, Berjaya Times Square, Pasar Budaya dan BB Park.

Kemuncak acara dengan Konsert Gala yang diadakan di Istana Budaya telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr. Rais Yatim pada 3 Mei lalu.

Konsert dijayakan oleh kumpulan muzik profesional seperti Kopratasa, Aseana Percussion Unit, Alonso & Jazz Latino, Steve Thornton Quartet, Prana, Amir Yusof, Farid Ali Band, Tuku Kame dan Kumpulan Hands Percussion.

Konsert Gala penutup pula telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hashim di Istana Budaya pada 7 Mei lalu.

Festival itu jelas berjaya mengetengahkan pemuzik berbakat sebagai pemuzik klasik dan tradisional.

Usaha yang dibuat oleh kementerian pada festival tersebut telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pengembangan muzik di rantau ini.

Sehubungan itu, kementerian perlu menjadikan festival muzik itu sebagai acara tahunan di setiap negeri ke arah mendekatkan seni dan budaya pemuzik tempatan kepada masyarakat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.