saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/05/2005

Akademi Fantasia 3 - Bermula Sabtu ini


SALAH satu cara untuk memastikan program Akademi Fantasia (AF) yang kini masuk musim ketiga terus mendapat tempat di hati penonton, adalah dengan melakukan perubahan.

Untuk pertama kalinya pihak Astro tidak lagi berahsia seperti dulu yang memisahkan peserta AF dengan dunia luar.

Dulu pihak Astro hanya memberi foto calon AF sebagai pengenalan diri kepada pihak media.

Tapi kini, pihak Astro mengambil inisiatif memperkenalkan 20 calon pelajar yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita kepada pihak media. Majlis perkenalan itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kelmarin.

Kesemua calon pelajar tersebut adalah yang dipilih daripada 4,000 peserta yang diuji bakat di 10 lokasi seluruh negara bermula pada 19 Februari hingga 10 April lalu.

Kalau ikut konsep musim pertama dan kedua, pihak media tidak berpeluang bertentang mata dengan bakal pelajar.

Pihak media hanya dibenarkan membuat liputan pada konsert mingguan sahaja dan hanya boleh menemu bual pelajar yang tersingkir sahaja.

Tapi kali ini pihak Astro buat perubahan. Pihak media dibenarkan menemu bual 20 bakal pelajar yang akan mempertaruhkan bakat mereka pada Konsert Prelude Akademi Fantasia 3 yang pertama kali diperkenalkan untuk musim ini.

Antara calon pelajar yang dipilih ialah Amy, Amylea, Akma, Elliza, Ekin, Idayu, Diana, Marsha, Rina, Shiha, Aidil, Azlif, Felix, Fuad, Haider, Isa, Kefli, Mawi, Reza dan Yazer.

Menurut Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah, sewaktu Konsert Prelude nanti lima juri profesional dipertanggungjawab untuk menentukan nasib peserta.

Jelasnya, Konsert Prelude yang bakal berlangsung pada 21 Mei ini di Studio 1, Astro pukul 8.30 malam merupakan kemuncak serta penutup sesi uji bakat yang telah diadakan di seluruh negara sebelum ini.

``Dari konsert tersebut hanya 12 calon yang terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita akan dipilih untuk menjadi pelajar Akademi Fantasia musim ketiga,'' katanya.

Nasib calon-calon tersebut bakal ditentukan oleh Pengetua Akademi, M.Nasir, Guru Nada Suara, Siti Hajar Ismail, Ketua Program Melayu Astro, Rozina Aziz, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent and Management Sdn. Bhd., Freddie Fernandez dan Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian, Airtime Radio and Management Sdn. Bhd., Kudsia Kahar.

Tambah Zainir, pada musim ini juga konsert mingguan pelajar AF yang bermula setiap Sabtu pada 4 Jun depan akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam.

``Pihak Astro mengambil keputusan mengadakan konsert mingguan di situ bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menonton persembahan pelajar di lokasi.

``Jika dahulu kami hanya dapat menampung 900 penonton, kini kami boleh menempatkan lebih daripada 3,000 peminat,'' katanya.

Pada musim ini juga keputusan untuk mengekal atau menyingkirkan pelajar pada setiap konsert mingguan akan dibuat berdasarkan undian penonton.

Penonton-penonton tempatan kini boleh menghantar undian menggunakan dua kaedah baru iaitu menerusi talian tetap dengan mendail nombor 5-digit individu khas untuk pelajar pilihan ataupun melalui undian Butang R menggunakan alat kawal jauh Astro menerusi saluran Astro Ria.

Juara Akademi Fantasia musim ini akan menerima hadiah bernilai lebih RM250,000 yang terdiri daripada sebuah pangsapuri, kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke London dan Paris, sistem teater rumah dan peralatan elektrik, sebuah kerusi urut dan lain-lain barangan.

Sementara naib juara pula bakal menerima hadiah berjumlah RM45,000 termasuk wang tunai RM10,000, pakej percutian ke London, sistem teater rumah dan barangan lain.

Tempat ketiga pula akan menerima hadiah berjumlah hampir RM35,000 termasuk wang tunai RM5,000 dan keempat hadiah berjumlah hampir RM25,000 termasuk wang sebanyak RM4,000 dan RM3,000 untuk peserta tempat kelima.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.