saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/05/2005

Taman botani terbesar di Bidor

TAPAH 18 Mei - Sebuah taman botani terbesar negara akan dibangunkan di kawasan seluas 200 hektar di Bidor dekat sini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Beliau berkata, taman itu dicadangkan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sewaktu baginda merasmikan bangunan baru Majlis Daerah Tanjung Malim pada 3 Mei lalu.

``Kerajaan negeri telah pun mengenal pasti tapak di Bidor untuk dijadikan taman botani negara yang boleh dibanggakan khususnya kepada rakyat Perak,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah kilang JK Wires Harness Sdn. Bhd. di Tapah Road di sini semalam.

Pengerusi JK Wire Harness ialah Datuk Lim Kheng Yew.

Tajol Rosli berkata, kerajaan negeri hanya menyediakan tapak manakala pembiayaan membangunkan taman itu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Tajol Rosli berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun meluluskan cadangan membangunkan taman berkenaan semasa lawatan sehari ke Perak, Sabtu lepas.

Menurutnya, cadangan itu diterima baik oleh Perdana Menteri kerana ia merupakan impian beliau untuk mempunyai sebuah taman botani yang terindah dan besar di rantau ini seperti yang terdapat di Pulau Pinang, Singapura dan Sri Lanka.

``Pembangunan taman itu dijalankan secara berperingkat-peringkat dan laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) akan diperoleh terlebih dahulu sebelum projek tersebut dimulakan kerana ia melibatkan kawasan tanah yang luas.

``Perkembangan projek ini akan dipantau oleh Raja Muda sendiri,'' jelasnya.

Beliau berkata, taman itu akan dijadikan taman kekal di mana pokok-pokok hutan bernilai tinggi seperti pokok Ipoh, Beruas dan Jelutong akan ditanam dan tidak sekali-kali ditebang.

``Kita mahu kekalkan taman ini untuk masa depan generasi muda kerana kita percaya ada anak-anak generasi sekarang tidak tahu bagaimana rupa pokok hutan seperti Ipoh dan Beruas,'' tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata, JK Wire Harness yang merupakan syarikat pembuatan sistem pendawaian automotif terbesar tempatan, akan melabur RM70 juta untuk membangunkan projek itu melalui dua fasa.

Kilang itu akan dibina di tanah seluas lapan hektar dengan keluasan lantai kira-kira 16,500 meter persegi dan bakal menawarkan 2,000 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, kilang yang dikenali sebagai JK-Tapah itu bakal menjadi pemangkin pembangunan ekonomi kawasan Tapah yang selama ini tertumpu kepada pengeluaran hasil pertanian.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.